CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, April 1, 2009

Ayat-ayat awal yang diturunkan mengikut tajuk-tajuk.

1. Ayat yang awal diturunkan mengenai makanan :-




2. Ayat yang awal diturunkan mengenai minuman tentang pengharaman arak :-





3. Ayat yang awal diturunkan mengenai pembunuhan
Daripada ibnu abas berkata: bahawa ayat yang pertama diturunkan iaitu pada surah al hajj 39










PENURUNAN AL-QURAN
PENURUNAAN AL-QURAN BERPERINGKAT-PERINGKAT

Para ulama telah berselisih pendapat mengenai penurunan al-Quran. Namun demikian kita akan menerima dan membincangkan bahawa al-Quran diturunkan melalui tiga peringkat iaitu:

Peringkat pertama : Penurunan al-Quran dari Allah swt ke Luh Mahfuz iaitu satu-satunya tempat yang termulia yang terkumpul di dalamnya segala ketentuan Allah untuk semua makhluk-Nya. Ini terbukti dengan firman Allah swt:




Maksudnya : “Bahkan ia al-Quran yang mulia. Di papan yang terpelihara (Luh Mahfuz)”(Surah al-Buruj:21)


Hikmah Penurunan al-Quran peringkat pertama : merupakan kemuliaan bagi al-Quran itu sendiri kerana tempat tersebut nerupakan semulia-mulia tempat di sisi Allah. Peringkat ini juga perlu kerana peringkat itu menyempurnakan kewujudan Luh Mahfuz iaitu tempat bagi segala perangcangan yang wujud di ala mini dan al-Quran adalah termasuk di dalam perancangan Allah ke dunia ini. Penurunan peringkat ini adalah secara sekaligus.


Peringkat kedua : Penurunan peringkat ini ialah penurunan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia. Bukti adanya peringkat penurunan ini ialah firman Allah swt:




Maksudnya : “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar.”(Surah al-Qadar:1)


Begitu juga dengan firman Allah dalam ayat berikut :



Maksudnya : “Sesungguhnya Kami menurunkan ia pada malam yang berkat, sesungguhnya Kami pemberi peringatan kepada manusia.”(Surah ad-Dukhan:3)



Dalam firman Allah yang lain di dalam ayat yang berikut :






Maksudnya : “Bulan (puasa) yang diturunkan di dalamnya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk itu dan membezakan antara yang hak dan yang batil.” (Surah al-Baqarah:185)







Penurunan peringkat ini adalah masih dalam keadaan sekaligus. Ini dapat dilihat dari hadith yang telah diriwayatkan :




Maksudnya : “ Diturunkan al-Quran ke langit dunia dalam jumlah sekaligus pada malam Lailatul Qadar kemudian diturunkan sesudah itu selama dua puluh tahun”


Walaupun begitu terdapat juga beberapa pendapat ulama’ yang tidak berapa kuat mengatakan bahawa penurunan tersebut adalah berperingkat-peringkat.
Antaranya :

1.) Diturunkan al-Quran pada peringkat ini selama 23, 24 atau 25 malam Lailatul Qadar.

2.)Diturunkan al-Quran buat kali pertama pada malam lailatul Qadar dan seterusnya secara berperingkat-peringkat.

3.)Diturunkan oleh Malaikat Hafazah kepada Malaikat Jibril a.s dalam jangka masa 24 malam.









Peringkat ketiga : Iaitu peringkat penurunan dari Baitul Izzah ke dada Rasulullah s.a.w secara beransur-ansur selama 22,23,24 atau 25 tahun mengikut perselisihan pendapat para ulama’. Dalil bagi peringkat ini adalah firman Allah dalam ayat yang berikut :




Maksudnya : “Al-Quran ini Kami turunkan secara beransur-ansur supaya engkau bacakan kepada manusia dengan cara perlahan-lahan dan Kami turunkannya sedikit-sedikit.” (Surah al-Isra’:106)


Firman Allah lagi dalam al-Quran :




Maksudnya : “Diturunkan oleh Roh Suci (Jibril a.s). Ke dalam hati engkau (Ya Muhammad) supaya engkau memberi peringatan.”(Surah as-Syu’ara:194)

Begitu juga firman Allah dalam ayat yang berikut :




Maksudnya : “Kami turunkan kepada engkau (Ya Muhammad) Kitab (al-Quran) untk menerangkan bagi tiap-tiap sesuatu dan menjadi petunjuk dan rahmat serta khabar gembira bagi orang islam.”(Surah an-Nahl:89)



Dibuat oleh:Muhammad syakirin b md azmi
Matrik no: 3201

Kesimpulan tentang berapa kali ِِAl-Quran diturunkan

Ulama’ berpendapat imam Ar-Zaqhoni menyebut di dalam Al-Manahil Al-Arfan, di dalam kitab itu menyebut Al-Quran itu di turunkan berpandukan ayat Al-Quran surah Al-Qadr ayat 1
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar.”(Surah al-Qadar:1)
iaitu diturunkan pada malam lailatul qadar dan Jibril mengambil Al-Quran itu daripada Allah S.W.T dengan cara mendengar عاسما






PENURUNAN AL-QURAN SECARA BERANSUR-ANSUR

Al-Quran diturunkan beransur-ansur selama 23 tahun dan sebahagiannya diturunkan di Mekah atas pandangan ulama’ yang sahih. Selama 10 tahun
Al-Quran diturunkan di Madinah.Perkara ini sangat jelas tentang penurunan
Al-Quran secara beransur-ansur berdasarkan fiman Allah S.W.T dalam surah
Al-Israa’ ayat 106


Maksudnya : “Al-Quran ini Kami turunkan secara beransur-ansur supaya engkau bacakan kepada manusia dengan cara perlahan-lahan dan Kami turunkannya sedikit-sedikit.” (Surah al-Isra’:106)

Berbeza pula dengan kitab-kitab samawi yang lain seperti Taurat, Injil, Zabur. Semuanya diturunkan secara keseluruhan dan tidak diturunkan secara
beransur-ansur dengan Al-Quran berpandukan ayat Al-Quran di dalam surah
Al-Furqan ayat 32




Disediakan oleh: WAN MOHD ALI IMRAN B OTHMAN
Matrik no: 3525

Hikmah diturunkan al-Quran berperingkat-peringkat :

Sesungguhnya terdapat banyak hikmah mengapa Allah menurunkan al-Quran secar berperingkat-peringkat:

• Peringkat-peringkat tersebut dapat membezakan Kitab al-Quran dengan Kitab-kitab Allah terdahulu. Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat sementara yang lain secara sekaligus.
• Peringkat-peringkat tersebut dapat mengagungkan Kitab al-Quran iaitu kedatangannya disebar kepada seluruh penghuni alam dari langit sampailah ke bumi.
• Peringkat-peringkat tersebut sesungguhnya bertujuan untuk menambahkan keyakinan kepada seluruh makhluk penghuni semua penjuru alam bahawa al-Quran sebagai kitab yang terakhir itu adalah dari Allah dan bukan ciptaan Nabi Muhammad atau sebagainya.
• Penurunan secara yang demikian sesungguhnya juga memuliakan kerasulan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai penyudah dan Penghuu segala Nabi.


Al-Quran terbukti diturunkan untuk menjadi petunjuk dan hidayah yang mengubah masyarakat Jahiliyah yang buruk kepada umat Islam yang berbudi pekerti mulia dan mampu mengubah alam. Maka sesungguhnya al-Quran itu adalah hidayah dan rahmat bagi sekalian alam.


















Ramadhan Bulan Al_Quran

Firman Allah Taala:
(Surah Al-Baqarah Ayat 185)

Bulan Ramadhan juga digelar bulan Al-Quran (Syahr Al-Quran) kerana Allah telah menurunkan Al-Quran kepada Nabi SAW pada bulan ini,peristiwa agung iniberlaku pada 17 Ramadhan ketika Nabi SAW berusia 40 tahun semasa baginda sedang berkhulwah di gua Hira,malaikat Jibril AS dating memeluk kemas baginda dan menyuruh baginda membaca.(Surah Al-Alaq Ayat 1-5)

Penurunan 5 ayat ini adalah permulaan tugas baginda sebagai utusan Allah untuk menyuluh manusia kepada kebenaran daripada terus dilingkungi gelap pekat jahiliah.

Proses Penurunan Al-Quran

Bermula dengan 5 ayat, Al-Quran seterusnya diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Nabi SAW.

(1.) Memperkukuh (memantapkan) Hati Nabi SAW Dalam Menghadapi Sikap Orang- OrangMusyrikin Yang Menyakitkan Hati

Permusuhan orang-orang Musyrik terhadap Al-Quran dan Rasulullah SAW adalah menyakitkan, maka Al-Quran turun sebagai penghibur dan senjata dalam menempuh jalan dakwah Baginda dan umat Islam.

(Surah Al-Fuqan Ayat 32)

Kadangkala kepedihan Baginda dan umat Islam diubat dengan kisah-kisah Nabi terdahulu, supaya Baginda SAW mengambil hikmah dari kegigihan merka.
(Surah Al-Saffat Ayat 171-173), (Surah Ali Imran Ayat 12)

Ayat-ayat ini sangat berperanan dalam meringankan beban Nabi SAW,dengan turunnya ayat secara berulang-ulang,kedatangan Jibril membawa ayat-ayat jaminan pertolongan dan pembelaan telah membawa kesan yang sangat besar dalam perjalanan dakwah Baginda bahawa Allah SWT selalu bersamanya.



(2.) Sebagai Tanda Kasih Sayang Kepada Nabi SAW ketika Turun Wahyu

Al-Quran yang diturunkan kepada Baginda penuh dengan kehebatan.

(Surah-Muzammil Ayat 5)

Sebagaimana patut diyakini, Al-Quran Adalah mukjizat, ia mempunyai keagungan yang luar biasa dan amat menakjubkan, jika ia diturunkan kepada gunung, tentu gunung itu akan hancur lebur kerana keagungannya.

(Rujuk Surah Al-Hasyr Ayat 21)

Kehebatan Al-Quran sebagai satu tanda kasih sayang Allah kepada Baginda.

(3.) Berperingkat-Peringkat Dalam Pensyariatan Hukum

Penurunan Al-Quran berjalan seiring dengan keperluan sosial masyarakat Arab, pada peringkat pertama, ia menghindar mereka dari syirik, menanamkan iman dan cinta kepada Allah dan Rasul serta hari kebangkitan, peringkat seterusnya ialah merealisasikan pengakuan iman dalam bentuk ibadah, solat sejak sebelum hijrah, puasa dan zakat pada tahun 3H dan haji pada tahun 8H, kemudian Al-Quran mengharamkan segala tradisi yang bersifat dosa besar diikuti dengan tradisi yang bersifat dosa kecil.
Contohnya pengharaman arak yang telah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat Arab, Al-Quran telah mengharamkan arak melalui empat tahap.

Tahap Pertama;
Al-Quran tidak mengharamkan sekaligus kerana masyarakat Arab pada masa itu meneguk arak bagaikan air putih.( Surah Al-Nahl Ayat 67)
Ayat ini menerangkan bahawa dua jenis buah ini dijadikan sumber rezeki yang baik dan boleh juga menjadi benda yang memabukkan (Haram), orang yang berfikir tentu dapat untuk mempertimbangkan akan dua hal ini.

Tahap kedua;
Ialah apabila sekumpulan umat Islam termasuk Umar Bin Al-Khattab bertanya kepada Rasulluh SAW hukum arak dan judi.( Surah Al-Baqarah Ayat 219)
Ayat ini menerangkan manafaat arak dan judi iaitu keuntungan material.

Tahap Ketiga;
Ayat yang diturunkan disebabakan Saidina Ali yang mabuk mengimami solat, beliau keliru membaca Surah Al-Kafirun dan menyebabkan terjadi kesalahan membaca.( Surah Al-Nisa Ayat 43)
Ketika ini, hukum arak telah jelas, tetapi belum diharamkan secara putus, secara zahirnya, arak diharamkan kepada mereka yang solat sebelum sedar daripada mabuk, ketika itu minum arak pada malam hari atau diluar waktu solat dibolehkan.

Tahap Keempat;
Turun ayat tentang pengharaman arak secara putus.( Surah Al Ma'idah) Ayat 90-91)
Penurunan ayat ini menyempurnakan pengharaman khamar secara berperingkat-peringkat yang menjadi kebijaksanaan Islam dalam menangani penyakit-penyakit yang melanda masyarakat.

Mempermudahkan Hafalan Dan Kefahaman Al-Quran
Penurunan Al-Quran secara beransur-ansur memudahkan mereka untuk menghafalkannya kerana pada ketika itu daya ingatan menjadi alat pembelajaran penting kerana rata-rata mereka tidak boleh membaca dan menulis.(Surah Al-Jumu'ah Ayat 2)

Oleh itu, jika Al-Quran diturunkan sekaligus, tentu mereka tidak mampu untuk menghafaz dan natijahnya mereka juga lemah untuk memahaminya.


















Sebagai Jawapan Terhadap Pelbagai Peristiwa Mahupun Kes

Dengan penurunan Al-Quran beransur-ansur,ayat-ayatnya telah membetulkan kesalahan umat Islam dan kesanya lebih kemas dalam hati umat,contohnya dalam perang Hunain,tentera Islam berbangga dengan jumlah tentera Islam yang ramai dan memandang rendah jumlah pasukan musuh yang lebih kecil.( Surah Al-Taubah Ayat 25)

Jika Al-Quran diturunkan sekaligus, maka tiadalah pembetulan yang tepat ketika terjadinya sesuatu kesalahan.

Sebagai Petunjuk Kepada Allah Yang Menurunkan Al-Quran

Penurunan secara berperingkat-peringkat telah menunjukkan kepada Zat yang menurunkan Al-Quran Yang Maha Bijaksana,terbukti dalam Al-Quran perkara-perkara yang menakjubkan,hukum yang ketat,kaya gaya bahasa,huruf dan kalimat yang sistematik dan lain-lain,betapa Al-Quran memiliki rangkain yang sangat mengkagumkan,padahal ia tidak diturunkan sekaligus,melainkan secara beransur-ansur seiring dengan kes dan kejadian,dalam tempoh 23 tahun 5 bulan,jelas bahawa di sana ada rahsia baru di antara rahsia-rahsia kemukjizatan,hinnga sekarang Al-Quran tetap menampakkan keagungannya.
(Surah Al-Nisa Ayat 82) dan (Surah Hud Ayat 1)

Kehebatan Al Quran tampak lebih jelas apabila tiada mana-mana karya di atas muka bumi ini yang dapat menandinginya, ini semua memperlihatkan kepada manusia akan kesempurnaan Allah.


DISEDIAKAN OLEH : ZUBAIR BIN OSMAN
MATRIK NO :3218

Wednesday, February 25, 2009

Pengertian Ulum Al-Quran

Pengertian dari segi bahasa: ada 3 makna:


- Qara’a mempunyai erti mengumpulkan dan menghimpun.
- Qiraah bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi.
- Quran pada mulanya seperti qiraah, iaitu masdar (infinitif) dari kata qara’a, qiraatan, quranan.
Allah SWT berfirman;
Ertinya: “Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaannya itu.” (Al-Qiyaamah: 17–18).
Kata qur’anah (bacaannya) pada ayat di atas bererti qiraatuhu (bacaannya/cara membacanya). Jadi, kata itu adalah masdar menurut wazan (konjunsi) fu’lan dengan vocal seperti ghufran dan syukran. Kita dapat mengatakan qara’tuhu, quran, qiraatan wa quranan, ertinya sama saja.
Di sini maqru’ (apa yang dibaca) diberi nama quran (bacaan), yakni penamaan maf’ul dengan masdar.
Quran dikhususkan sebagai nama bagi kitab yang diturunkan kepada Muhammad saw. sehingga Quran menjadi nama khas bagi kitab itu, sebagai nama diri. Secara gabungan, nama itu dipakai untuk nama Quran secara keseluruhan, begitu juga untuk penamaan ayat-ayatnya.
Maka, jika kita mendengar orang membaca ayat Quran,kita boleh mengatakan bahawa ia sedang membaca Alquran.
Firman Allah s.w.t:
204. Dan apabila dibacakan Al Quran, Maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat[591].
[591] Maksudnya: jika dibacakan Al Quran kita diwajibkan mendengar dan memperhatikan sambil berdiam diri, baik dalam sembahyang maupun di luar sembahyang, terkecuali dalam shalat berjamaah ma'mum boleh membaca Al Faatihah sendiri waktu imam membaca ayat-ayat Al Quran. (Al-A’raaf: 204).
Sebahagian ulama menyebutkan bahawa penamaan kitab ini dengan nama Alquran di antara kitab-kitab Allah itu kerana kitab ini mencakup inti dari kitab-kitab-Nya, bahkan mencakup inti dari semua ilmu.
Hal itu diisyaratkan dalam firman-Nya yang ertinya;
“Dan, Kami turunkan kepadamu al-kitab (Quran) sebagai penjelasan bagi segala sesuatu.” (An-Nahl: 89).
“Tiada Kami alpakan sesuatu pun di dalam al-kitab ini (Quran).” (Al-An’am: 38).
Pendapat kedua : Sebahagian ulama berpendapat bahawa kata Quran itu pada asalnya tidak berhamzah sebagai kata jadian.
Mungkin kerana ia dijadikan sebagai suatu nama bagi kalam yang diturunkan kepada Nabi saw. dan bukannya kata jadian dari qaraa
Adapun mungkin juga kerana ia berasal dari kata qarana asy-syai’ bi asy-syai’, yang bererti memperhubungkan sesuatu dengan yang lain atau juga berasal dari kata qaraain (saling berpasangan), kerana ayat-ayatnya satu dengan yang lain saling menyerupai. Dengan demikian, huruf nun itu asli.
Namun, pendapat ini masih diragukan,- yang benar adalah pendapat yang pertama.
Secara Istilah
Al-Quran memang sukar diberi batasan-batasan dengan definisi-definisi logika yang mengelompokkan segala jenis, bahagian-bahagian, serta ketentuan-ketentuannya
Yang khusus: mempunyai genus, differentia, dan propium, sehingga definisi Quran memiliki batasan yang benar-benar kongkrit.
Definisi Alquran yang kongkrit adalah menghadirkannya dalam fikiran atau dalam realiti, misalnya kita menunjuk sebagai Quran kepada yang tertulis dalam mushaf atau terbaca dengan lisan. Untuk itu, kita katakan, “Quran adalah apa yang ada di antara dua buku,” atau kita katakan juga, “Alquran adalah bismillaahir rahmaanir rahiim, alhamdulillaahi rabbil ‘aalamiin … minal jinnati wannaas.”
Para ulama menyebutkan definisi Alquran secara istilahnya:ada empat pecahan :
- mendekati maknanya dengan membezakan dari yang lain dengan menyebutkan bahawa Alquran adalah kalam atau firman Allah
- diturunkan kepada Muhammad saw.
- pembacaannya merupakan ibadah.
- dan penyampaian secara mutawatir.
Dalam definisi kalam- merupakan kelompok jenis yang meliputi segala kalam. Dan, dengan menggabungkannya kepada Allah (kalamullah) bererti tidak termasuk semua kalam manusia, jin, dan malaikat.
Dan, dengan kata-kata yang diturunkan, maka tidak termasuk kalam Allah yang sudah khusus bagi milik-Nya.
“Katakanlah, ‘Sekiranya lautan menjadi tinta untuk menuliskan firman Rabku, akan habislah lautan sebelum firman Rabku habis ditulis, sekalipun Kami berikan tambahannya sebanyak itu pula.” (Al-Kahfi: 109).
“Dan, seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta, ditambahkan sesudahnya tujuh lautan lagi, nescaya kalam Allah tidak akan habis-habisnya.” (Luqman: 27).
Dan membatasi apa yang diturunkan itu hanya kepada Muhammad saw., tidak termasuk apa yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya, seperti Taurat, Injil, dan lain-lain.
Adapun yang pembacaannya merupakan suatu ibadah mengecualikan hadis-hadis ahad dan hadis-hadis qudsi–bila kita berpendapat bahawa yang diturunkan Allah itu kata-katanya–sebab kata-kata pembacaannya sebagai ibadah, ertinya perintah untuk membacanya di dalam salat dan lainnya sebagai suatu ibadah, sedangkan qiraat ahad dan hadis-hadis qudsi tidak demikian halnya.
Nama Dan Sifat Al-Quran

Allah menamakan Alquran dengan beberapa nama;
1) Alquran




“Alquran ini memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus.” (Al-Isra’: 9).
2) Kitab





“Telah kami turunkan kepadamu al-kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu.” (Al-Ambiya’: 10).
3) Furqan


“Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan kepada hamba-Nya agar dia menjadi pemberi peringatan kepada semesta alam.” (Al-Furqan: 1).
4) Zikr




“ Sesungguhnya kamilah yang telah menurunkan az-zikr (Alquran) dan sesungguhnya kamilah yang benar-benar akan menjaganya.” (Al-Hijr: 9).
5) Tanzil



“Dan, Alquran ini Tanzil (diturunkan) dari Tuhan semesta alam.” (Asy-Syu’ara: 192).
Al-Quran dan al-kitab lebih popular dari nama-nama yang lain. Dalam hal ini Dr. Muhammad Abdullah Daraz berkata, “Ia dinamakan Quran kerana ia ‘dibaca’ dengan lisan, dan dinamakan al-kitab kerana ia ‘ditulis’ dengan pena. Kedua nama ini menunjukkan makna yang sesuai dengan kenyataannya.”
Penamaan Quran dengan kedua nama ini memberikan isyarat bahawa selayaknyalah ia dipelihara dalam bentuk hafalan dan tulisan. Dengan demikian, apabila di antara salah satunya ada yang melencong, maka yang lain akan meluruskannya. Kita tidak dapat menyandarkan hanya kepada seseorang sebelum hafalannya sesuai dengan tulisan yang telah disepakati oleh para sahabat, yang dinukilkan kepada kita dari generasi ke generasi menurut keadaan sewaktu dibuatnya pertama kali. Dan, kita pun tidak dapat menyandarkan hanya kepada tulisan penulis sebelum tulisan itu sesuai dengan hafalan tersebut berdasarkan isnad yang sahih dan mutawatir.
Dengan penjagaan yang ganda ini, yang oleh Allah telah ditanamkan ke dalam jiwa umat Muhammad untuk mengikuti langkah Nabi-Nya, maka Quran tetap terjaga dalam benteng yang kukuh.
Hal itu tidak lain untuk mewujudkan janji Allah yang menjamin terpeliharanya Quran, seperti difirmankan-Nya,


“Sesungguhnya kamilah yang telah menurunkan az-zikr (Alquran) dan sesungguhnya kamilah yang benar-benar akan menjaganya.” (Al-hijr: 9).
Dengan demikian, Quran tidak mengalami penyimpangan, perubahan, dan keterputusan sanad, seperti terjadi pada kitab-kitab terdahulu.
Penjagaan ganda ini di antaranya menjelaskan bahawa kitab-kita samawi lainnya diturunkan hanya dalam waktu itu, sedang Quran diturunkan untuk membetulkan dan menguji kitab-kitab yang sebelumnya. Kerana itu, Quran mencakup hakikat yang ada di dalam kitab-kitab terdahulu dan menambahnya dengan tambahan yang dikehendaki Allah. Quran menjalankan fungsi kitab-kitab sebelumnya, tetapi kitab-kitab itu tidak dapat menempati posisinya. Allah telah menakdirkan untuk menjadikannya sebagai bukti sampai hari kiamat. Dan, apabila Allah menghendaki suatu perkara, maka Dia akan mempermudah jalannya ke arah itu. Kerana, Dia Maha bijaksana dan Maha tahu. Inilah alasan yang paling kuat.
Allah telah melukiskan Quran dengan beberapa sifat, di antaranya sebagai berikut.
Nur(Cahaya)



“Wahai manusia, telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang.” (An-Nisa’: 174).

Huda
(Petunjuk), Syifa’ (Ubat), Rahmah (Rahmat), dan Mau’izah (Nasihat)



“Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu nasihat dari Tuhanmu dan ubat bagi yang ada di dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Yunus: 57).
Mubin (yang Menerangkan)



“Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan.” (Al-Ma’idah: 15).
Mubarak (yang Diberkati)



“Dan, Alquran ini adalah kitab yang telah kami berkahi, membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya ….” (Al-An’am: 92)
Busyra (Khabar Gembira)


“… yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya dan menjadikan petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah: 97).
‘Aziz (yang Mulia)

“Mereka yang mengingkari az-zikr (Alquran) ketika Alquran datang kepada mereka, (mereka pasti celaka). Alquran adalah kitab yang mulia.” (Fussilat: 41).
Majid (yang Dihormati)
ö
“Bahkan yang mereka dustakan itu adalah Alquran yang dihormati.” (Al-Buruj: 21).
Basyir (Pembawa Khabar Gembira ) dan Nazir (Pembawa Peringatan)


“Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui, yang membawa khabar gembira dan yang membawa peringatan.” (Fusilat: 3–4).
Setiap penamaan atau pelukisan itu merupakan salah satu makna dalam Quran.







Dibuat oleh: Muhammad Naim Bin Osman
No Matrik : 3386

Perbezaan Alquran dengan Hadis Qudsi

Ada beberapa perbezaan antara Alquran dengan hadis qudsi, dan yang terpenting adalah sebagai berikut.

BIL Al-QURAN

HADIS QUDSI
1 Alquran adalah kalam Allah yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. dengan lafaz-Nya, dan dengan itu pula orang Arab ditentang, tetapi mereka tidak mampu membuat seperti Al-quran itu, atau sepuluh surah yang serupa itu, bahkan satu surah sekalipun. Tentangan itu tetap berlaku, kerana Al-quran adalah mukjizat yang abadi hingga hari kiamat. Adapun hadis qudsi adalah kalam Allah tidak untuk menentang dan tidak pula untuk mukjizat.
2 Alquran hanya dinisbahkan kepada Allah, sehingga dikatakan Allah Taala berfirman. Adapun hadis qudsi, seperti telah dijelaskan di atas, terkadang diriwayatkan dengan disandarkan kepada Allah, sehingga nisbah hadis qudsi itu kepada Allah adalah nisbah dibuatkan. Maka dikatakan, Allah telah berfirman atau Allah berfirman. Dan terkadang pula diriwayatkan dengan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. tetapi nisbahnya adalah nisbah kabar, kerana Nabi menyampaikan hadis itu dari Allah. Maka, dikatakan Rasulullah s.a.w. mengatakan apa yang diriwayatkan dari Tuhannya.
3 Seluruh isi Alquran dinukil secara mutawatir, sehingga kepastiannya mutlak. Adapun hadis-hadis qudsi kebanyakan adalah khabar ahad, sehingga kepastiannya masih merupakan dugaan. Adakalanya hadis itu sahih, hasan, dan kadang-kadang dhaif.
4 DALIL :
Allah berfirman:




“Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu. DALIL :
Allah berfirman tentang malaikat,
“… padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ….” (Al-Baqarah: 30).
5 Membaca Alquran merupakan ibadah, kerana itu ia dibaca dalam solat.

“Maka, bacalah apa yang mudah bagimu dalam Alquran itu.” (Al-Muzamil: 20).
Nilai ibadah membaca Alquran juga terdapat dalam hadis,

“Barang siapa membaca satu huruf dari Alquran, dia akan memperoleh satu kebaikan. Dan, kebaikan itu akan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan alif laam miim itu satu huruf. Tetapi alif satu huruf, laam satu huruf, dan miim satu huruf.” (HR Tirmizi dan Ibnu Mas’ud). Adapun hadis qudsi tidak disuruh membacanya dalam solat. Allah memberikan pahala membaca hadis qudsi secara umum saja. Maka, membaca hadis qudsi tidak akan memperoleh pahala seperti yang disebutkan dalam hadis mengenai membaca Alquran bahawa pada setiap huruf mendapatkan sepuluh kebaikan.



HADIS NABAWI

Hadis nabawi itu ada dua bahagian:
( Pertama, tauqifi )
Yang bersifat tauqifi iaitu yang kandungannya diterima oleh Rasulullah s.a.w. dari wahyu. Lalu, ia menjelaskan kepada manusia dengan kata-katanya sendiri. Bahagian ini meskipun kandungannya dinisbahkan kepada Allah, tetapi dari segi pembicaraan lebih layak dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w., sebab kata-kata itu dinisbahkan kepada yang mengatakannya meskipun di dalamnya terdapat makna yang diterima dari pihak lain.
( Kedua, taufiqi )
Yang bersifat taufiqi iaitu yang disimpulkan oleh Rasulullah s.a.w. Menurut pemahamannya terhadap Alquran, kerana ia mempunyai tugas menjelaskan Alquran atau menyimpulkannya dengan pertimbangan dan ijtihad. Bahagian kesimpulan yang bersifat ijitihad ini diperkuat oleh wahyu jika ia benar. Dan, bila terdapat kesalahan di dalamnya, turunlah wahyu yang membetulkannya. Bahagian ini bukanlah kalam Allah secara pasti.
Dari sini, jelaslah bahawa hadis nabawi dengan kedua bahagiannya yang tauqifi atau yang taufiqi dengan ijtihad yang diakui dari wahyu itu bersumber dari wahyu. Inilah makna dari firman Allah tentang Rasul-Nya:

Maksudnya:
“Dia (Muhammad) tidak berbicara menurut hawa nafsunya. Apa yang diucapkannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diturunkan kepadanya.” (An-Najm: 3–4).



Perbezaan di antara hadith nabawi dan hadith qudsi :

BIL HADITH NABAWI HADITH QUDSI

1 DARI SEGI BAHASA :
Hadits (baru) dalam erti bahasa lawan dari kata qadim (lama). Dan, yang dimaksud hadis ialah setiap kata-kata yang diucapkan dan dinukil serta disampaikan oleh manusia, baik kata-kata itu diperoleh melalui pendengarannya mahupun wahyu; baik dalam keadaan jaga mahupun dalam keadaan tidu DARI SEGI BAHASA :
Hadis qudsi dinisbahkan kepada kata quds. Nisbah ini mengesankan rasa hormat kerana menunjukkan kebersihan dan kesucian dalam erti bahasa. Maka, kata taqdis bererti menyucikan Allah. Taqdis sama dengan tath-hir, dan taqaddasa sama dengan tathahhara (suci, bersih).
2 DARI SEGI ISTILAH :
Adapun menurut istilah, pengertian hadis ialah apa saja yang disandarkan kepada Nabi saw., baik berupa perkataan, perbuatan, persetujuan, mahupun sifat.
•Yang berupa perkataan seperti perkataan Nabi s.a.w.

“Sesungguhnya sahnya amal itu disertai dengan niat. Dan, setiap orang bergantung pada niatnya ….”(HR Bukhari).
•Yang berupa perbuatan ialah seperti ajarannya kepada para sahabat mengenai bagaimana cara mengerjakan solat, kemudian ia mengatakan:

“Solatlah seperti kamu melihat aku salat.” (HR Bukhari).
Juga, mengenai bagaimana ia melaksanakan ibadah haji, dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ambillah dariku manasik hajimu.” (HR Muslim).
• Adapun yang berupa persetujuan adalah seperti ia menyetujui suatu perkara yang dilakukan salah seorang sahabat, baik perkataan ataupun perbuatan; di hadapannya ataupun tidak, tetapi beritanya sampai kepadanya, seperti makanan biawak yang dihidangkan kepadanya. Dan, persetujuannya dalam satu riwayat, Rasulullah saw. mengutus orang dalam satu peperangan. Orang itu membaca suatu bacaan dalam solat yang diakhiri dengan:

Setelah pulang, mereka menyampaikan hal itu kepada Rasulullah s.a.w., lalu Rasulullah s.a.w. berkata:
(سلوه لأى شىء يصنع ذلك؟)
“Tanyakan kepadanya mengapa ia berbuat demikian?” Mereka pun menanyakan, dan orang itu menjawab, “Kalimat itu adalah sifat Allah dan aku senang membacanya.” Maka Rasulullah s.a.w. menjawab:
(أخبروه أن الله يحبه)
“Katakan kepadanya bahawa Allah pun menyenangi dia.” (HR Bukhari dan Muslim).
•Yang berupa sifat adalah riwayat seperti bahawa Rasulullah saw. selalu bermuka cerah, berperangai halus dan lembut, tidak keras dan tidak pula kasar, tidak suka berteriak keras, tidak pula berbicara kotor, dan tidak juga suka mencela. DARI SEGI ISTILAH :
Hadis qudsi adalah hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w. disandarkan kepada Allah. Maksudnya, Rasulullah saw. meriwayatkannya bahawa itu adalah kalam Allah. Maka, Rasulullah s.a.w. menjadi perawi kalam Allah ini dengan lafaz dari Rasulullah saw. sendiri. Bila seseorang meriwayatkan hadis qudsi, dia meriwayatkannya dari Allah dengan disandarkan kepada Allah dengan mengatakan, “Rasulullah saw. mengatakan mengenai apa yang diriwayatkannya dari Tuhannya,” atau ia mengatakan, “Rasulullah saw. mengatakan, ‘Allah Taala telah berfirman atau berfirman Allah Taala’.”
3 DALIL :


“Hadis (kata-kata) siapakah yang lebih benar selain dari pada Allah?” (An-Nisa: 87).
- Begitu pula yang terjadi pada manusia, di waktu tidurnya juga dinamakan hadis.

“… dan engkau telah mengajarkan kepadaku sebahagian takwil dari hadis-hadis (maksudnya mimpi).” (Yusuf: 101). DALIL :
Allah berfirman tentang malaikat,

“… padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ….” (Al-Baqarah: 30).
4 Al-hadith an-nabawi iaitu hadith yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W samada perkataan, perbuatan atau sifat atau taqrirnya. Al-hadith al-qudsi iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W dan disandarkan kepada Allah S.W.T. Hadith ini juga dinamakan al-hadith Ilahi atau Al-hadith ar-rabbani.







Hadis qudsi itu maknanya dari Allah, ia disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. melalui salah satu cara penurunan wahyu, sedang lafaznya dari Rasulullah s.a.w. Inilah pendapat yang kuat. Dinisbahkannya hadis qudsi kepada Allah Taala adalah nisbah mengenai isinya, bukan nisbah mengenai lafaznya. Sebab, seandainya hadis qudsi itu lafaznya juga dari Allah, tidak ada lagi perbezaan antara hadis qudsi dan Alquran, dan tentu pula gaya bahasanya menuntut untuk ditentang, serta membacanya pun akan dianggap ibadah.
Mengenai hal ini timbul dua macam syubhat :
1. Bahawa hadis nabawi juga wahyu secara maknawi yang lafaznya dari Rasulullah s.a.w., tetapi mengapa hadis nabawi tidak kita namakan juga hadis qudsi. Jawabnya adalah, kita merasa pasti tentang hadis qudsi bahawa ia diturunkan maknanya dari Allah kerana adanya nas syara’ yang menisbahkannya kepada Allah, iaitu kata-kata Rasulullah s.a.w. Allah Taala telah berfirman, atau Allah Taala berfirman. Itu sebabnya kita namakan hadis itu hadis qudsi. Hal ini berbeza dengan hadis nabawi, kerana hadis nabawi tidak memuat nas seperti ini. Di samping itu, masing-masing isinya boleh jadi diberitahukan kepada Nabi melalui wahyu, yakni secara tauqifi, namun mungkin juga disimpulkan melalui ijtihad, iaitu secara taufiqi. Oleh sebab itu, kita namakan masing-masing dengan nabawi sebagai terminal nama yang pasti. Seandainya kita mempunyai bukti untuk membezakan mana wahyu tauqifi, tentulah hadis nabawi itu kita namai pula hadis qudsi.

2. Apabila lafaz hadis qudsi itu dari Rasulullah s.a.w., maka dengan alasan apakah hadis itu dinisbahkan kepada Allah melalui kata-kata Nabi: Allah Taala telah berfirman atau Allah Taala berfirman. Jawabnya ialah bahawa hal yang demikian ini biasa terjadi dalam bahasa Arab, yang menisbahkan kalam berdasarkan kandungannya, bukan berdasarkan lafaznya. Misalkan ketika kita mengubah sebait syair menjadi prosa, kita katakan bahawa penyair berkata demikian. Juga ketika kita menceritakan apa yang kita dengar dari seseorang, kita pun mengatakan si Fulan berkata demikian. Begitu juga Alquran menceritakan tentang Musa, Firaun, dan sebagainya, isi kata-kata mereka dengan lafaz yang bukan lafaz mereka dan dengan gaya bahasa yang bukan gaya bahasa mereka, tetapi dinisbahkan kepada mereka.




Maksudnya:

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu menyeru Musa (dengan firmannya): ‘Datangilah kaum yang zalim itu, (iaitu) kaum Firaun. Mengapa mereka tidak bertakwa? Berkata Musa: ‘Ya Tuhanku, aku takut bahawa mereka akan mendustakan aku. Dan, (kerana itu) sempitlah dadaku dan tidak lancar lidahku, maka utuslah (Jibril) kepada Harun. Dan, aku berdosa terhadap mereka, maka aku takut mereka akan membunuhku.’ Allah berfirman, ‘Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat kami (mukjizat-mukjizat); sesungguhnya kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan), maka datanglah kamu berdua kepada Firaun dan katakanlah olehmu, ‘Sesungguhnya kami adalah rasul Tuhan semesta alam, lepaskanlah Bani Israil (pergi) beserta kami.’ Firaun menjawab, ‘Bukankah kami telah mengasuhmu di antara (keluarga) kami, waktu kamu masih kanak-kanak dan kamu tinggal bersama kami beberapa tahun dari umurmu. Dan, kamu telah berbuat sesuatu perbuatan yang kamu lakukan itu dan kamu termasuk golongan orang-orang yang tidak membalas guna.’ Berkata Musa, ‘Aku telah melakukannya sedang aku di waktu itu termasuk orang-orang yang khilaf. Lalu, aku lari meninggalkan kamu ketika aku takut kepadamu, kemudian Tuhanku memberikan kepadaku ilmu serta Dia menjadikanku salah seorang di antara rasul-rasul. Budi yang kamu limpahkan kepadaku itu adalah (disebabkan) kamu telah memperhambakan Bani Israil.’ Firaun bertanya, ‘Siapa Tuhan semesta alam itu?’ Musa menjawab, ‘Tuhan Pencipta langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya (itulah Tuhanmu), jika kamu sekalian (orang-orang) mempercayainya’.” (As-Syuara: 10–24). Seluruh isi Alquran dinukil secara mutawatir, sehingga kepastiannya mutlak.




Oleh : MOHD ZABIDI BIN SAAIDIN
No Matrik : 3292

Pengertian wahyu

Dari segi bahasa :


1. Memberitahu sesuatu dengan cara yang tidak jelas atau samar-samar dan segera.
2. Sesuatu yang ditulis atau al-risalah yang membawa maksud kerasulan.
3. Segala yang disampaikan secara rahsia kepada pihak lain supaya dapat diketahuinya.
4. Wahyu membawa maksud sesuatu yang ditulis atau al-Maktub.
5. Segala apa yang disampaikan oleh Allah secara rahsia kepada makhluknya baik manusia dan binatang.
6. Segala apa yang disampaikan oleh makhluk sesama mereka.
Dari segi istilah :
1. Segala apa yang disampaikan oleh Allah secara rahsia kepada nabi dan rasul-Nya, seperti Al-Qur’an dan hadis.
2. Wahyu membawa pengertian yang lebih umum dan lebih luas daripada pengertian al-Qur’an. Hal itu kerana al-Qur’an merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, tapi tidak semua wahyu itu, berpa Al-Qur’an. Dimana ada yang berupa hadis, kitab Zabur, Taurat dan Injil adalah juga wahyu Allah.
Jenis-jenis wahyu
Wahyu dibahagikan kepada lima jenis, iaitu :
1. Wahyu itu termasuklah segala jenis percakapan diantara seorang hamba dengan Tuhannya. Iaitu disebalik hijab. Contohnya :
Rasul mendengar kata-kata tersebut tetapi tidak melihat siapa yang menuturkannya, seperti
Allah bercakap dengan Nabi Musa. Sebagaimana firman Allah S.W.T :



Yang bermaksud : “ Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa Dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).”
2. Wahyu itu juga merupakan melalui ilham atau dalam bentuk ilham. Iaitu Allah mencampakkan ke dalam hati Rasul-Nya dalam bentuk ilmu dan pengetahuan yang benar.
3. Wahyu juga dalam bentuk mimpi yang benar. Sebagai contohnya Nabi Ibrahim bermimpi akan menyembelih anaknya Ismail. Sebagaimana apa yang termaktub di dalam Al-Qur’an melalui firman Allah S.W.T:



Yang bermaksud : “Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu”
4. Wahyu datang dengan perantaraan Jibrail. Sebagaimana Firman Allah S.W.T :




Yang bermaksud : “Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril Yang amanah. 194.Ke Dalam hatimu, supaya Engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).195(ia diturunkan) Dengan bahasa Arab Yang fasih serta terang nyata.”
5. Wahyu Allah kepada Nabi Muhammad diatas langit ketujuh pada malam isra’ dan mikraj. Iaitu tentang solat lima waktu. Martabat wahyu jenis ini tidak dapat diketahui caranya, hanya Allah yang mengetahui-Nya. Namun ia adalah benar sebagaimana sabit dalam hadis riwayat bukhari dan muslim.
Cara penurunan wahyu
Apa yang dimaksudkan dengan cara penurunan wahyu disini sebenarnya ialah penurunan al-Qur’an. Untuk itu cara penurunan al-Qur’an kepada nabi dalam dua cara :
1. Penurunan wahyu dengan erti Al-Ihaa’. Iaitu memberi wahyu.
- Wahyu mengikut konsep ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis. Sebagaimana yang terkandung di dalam firman Allah S.W.T :


Yang bermaksud : “ Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia Bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali Dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau Dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya Dengan izin Allah akan apa Yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha tinggi keadaannya, lagi Maha Bijaksana.”
a) Perkhabaran atau wahyu yang diturunkan daripada Allah melalui ilham tanpa sebarang perantaraan. Wahyu jenis ini juga termasuk mimpi-mimpi para nabi dan rasul yang benar. Contohnya Nabi Ibarahim bermimpi menyembelih anaknya Ismail. Sebagaimana firman Allah :


Yang bermaksud : “Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu;”
b) Nabi dan rasul mendengar kalam Allah atau Allah berbicara dengan mereka di sebalik hijab atau takbir. Contohnya, kisah Nabi Musa yang menerima perlantikan dan perutusan kerasulannya. Sebagaimana firman Allah :


Yang bermaksud : “ Maka apabila ia sampai ke tempat api itu (kedengaran) ia diseru: "Wahai Musa! 12. "Sesungguhnya Aku Tuhanmu! maka bukalah kasutmu, kerana Engkau sekarang berada di Wadi Tuwa Yang suci.”
Bahagian ini juga termasuk wahyu yang diterima oleh Nabi Muhammad pada malam isra’ mikraj supaya menunaikan solat lima waktu secara langsung tanpa sebarang perantaraan.
c) Penerimaan wahyu melalui perantaraan malaikat jibail. Wahyu jenis ini dapat dibahagikan kepada dua bentuk :

i. Pertama : Nabi dapat melihat malaikat jibarail dalam rupa betuknya yang asli. Contohnya : ketika Nabi keluar daripada rumahnya selepas kerinduan lama terputus wahyu, selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’. Apabila melihat malaikat Jibaril yang begitu besar Nabi ketakutan dan pulang semula kerumahnya dan berselimut. Dengan itu turunlah ayat Surah Al-Muddathir. Sebagai firman Allah :


Yang bermaksud : “ Wahai orang Yang berselimut! 2. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). 3. Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
Kedua : malaikat jibarail menemui nabi dengan menyamar atau menyerupai bentuk manusia biasa. Contohnya : sewaktu nabi bersama sahabat dalam satu majlis kemudian malaikat Jibrail datang dengan berpakaian serba putih dan bertanya Nabi dengan cara menyoal tentang iman, islam dan ihsan.
ii. Nabi tidak dapat melihat malaikat jibarail menerima wahyu, tetapi baginda hanya mendengar dan dapat mengetahui kedatangan malaikat Jibrail melalui suara seperti suara lebah atau bunyi loceng. Wahyu yang diterima dalam bentuk ini merupakan yang paling berat bagi Nabi sehinga kekadang baginda mengeluarkan peluh yang banyak, walaupun keadaan cuaca yang sejuk.




2. Penurunan wahyu dengan erti al-muuha bih

Wahyu jenis ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu :
a. Al-Qur’an
b. Hadis


Walaupun pada dasarnya hadis adalah ucapan nabi, namun ia sebenarnya adalah wahyu daripada Allah. Maknanya daripada allah Cuma dituturkan oleh Nabi melalui susunan bahasa baginda sendiri. Sebagaimana firman Allah S.W.T:



Yang bermksud : “ Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. 4. Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya.”






DIBUAT OLEH : ABDUL MUTI’E BIN MAHMUD ( 3420 )
: AHMAD FAISAL BIN ABU SAMAH ( 3573 )

"Pendapat-pendapat lain mengenai nama-nama Al-Quran"

 Berkata Abul Ma'ali 'uzizi bin Abdul Malik di dalam kitab Al-Burhan, bahawa nama-nama Al-Quran terdapat 55 nama di antaranya:


o Al-Mubiin- jelas dan terang.

o Hudan / Rahmah- petunjuk dan rahmat.

o As-Syifa'- pengubat atau penyembuh.

o 'Adla- keadilan.

o 'Aziz- kemuliaan/keizzahan.





"Nama-nama lain bagi surah-surah di dalam Al-Quran"

Terdapat beberapa nama lain bagi surah-surah dalam Al-Quran,diantaranya:


 Surah Al-Fatihah- ummul quran/sab'ul masani/ummul kitab dan lain-lain.

 Al-Anfal- Badar.

 Baraah- At-taubah/surah al-'azab/al-maqasyqasyah.

 An-Nahlu- An-ni'mu.

 An-Namlu- surah sulaiman.

 Muhammad-surah Al-Qital.



DIBUAT OLEH : AHMAD REMI BIN AROF ( )