CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, April 1, 2009

Hikmah diturunkan al-Quran berperingkat-peringkat :

Sesungguhnya terdapat banyak hikmah mengapa Allah menurunkan al-Quran secar berperingkat-peringkat:

• Peringkat-peringkat tersebut dapat membezakan Kitab al-Quran dengan Kitab-kitab Allah terdahulu. Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat sementara yang lain secara sekaligus.
• Peringkat-peringkat tersebut dapat mengagungkan Kitab al-Quran iaitu kedatangannya disebar kepada seluruh penghuni alam dari langit sampailah ke bumi.
• Peringkat-peringkat tersebut sesungguhnya bertujuan untuk menambahkan keyakinan kepada seluruh makhluk penghuni semua penjuru alam bahawa al-Quran sebagai kitab yang terakhir itu adalah dari Allah dan bukan ciptaan Nabi Muhammad atau sebagainya.
• Penurunan secara yang demikian sesungguhnya juga memuliakan kerasulan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai penyudah dan Penghuu segala Nabi.


Al-Quran terbukti diturunkan untuk menjadi petunjuk dan hidayah yang mengubah masyarakat Jahiliyah yang buruk kepada umat Islam yang berbudi pekerti mulia dan mampu mengubah alam. Maka sesungguhnya al-Quran itu adalah hidayah dan rahmat bagi sekalian alam.


















Ramadhan Bulan Al_Quran

Firman Allah Taala:
(Surah Al-Baqarah Ayat 185)

Bulan Ramadhan juga digelar bulan Al-Quran (Syahr Al-Quran) kerana Allah telah menurunkan Al-Quran kepada Nabi SAW pada bulan ini,peristiwa agung iniberlaku pada 17 Ramadhan ketika Nabi SAW berusia 40 tahun semasa baginda sedang berkhulwah di gua Hira,malaikat Jibril AS dating memeluk kemas baginda dan menyuruh baginda membaca.(Surah Al-Alaq Ayat 1-5)

Penurunan 5 ayat ini adalah permulaan tugas baginda sebagai utusan Allah untuk menyuluh manusia kepada kebenaran daripada terus dilingkungi gelap pekat jahiliah.

Proses Penurunan Al-Quran

Bermula dengan 5 ayat, Al-Quran seterusnya diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Nabi SAW.

(1.) Memperkukuh (memantapkan) Hati Nabi SAW Dalam Menghadapi Sikap Orang- OrangMusyrikin Yang Menyakitkan Hati

Permusuhan orang-orang Musyrik terhadap Al-Quran dan Rasulullah SAW adalah menyakitkan, maka Al-Quran turun sebagai penghibur dan senjata dalam menempuh jalan dakwah Baginda dan umat Islam.

(Surah Al-Fuqan Ayat 32)

Kadangkala kepedihan Baginda dan umat Islam diubat dengan kisah-kisah Nabi terdahulu, supaya Baginda SAW mengambil hikmah dari kegigihan merka.
(Surah Al-Saffat Ayat 171-173), (Surah Ali Imran Ayat 12)

Ayat-ayat ini sangat berperanan dalam meringankan beban Nabi SAW,dengan turunnya ayat secara berulang-ulang,kedatangan Jibril membawa ayat-ayat jaminan pertolongan dan pembelaan telah membawa kesan yang sangat besar dalam perjalanan dakwah Baginda bahawa Allah SWT selalu bersamanya.



(2.) Sebagai Tanda Kasih Sayang Kepada Nabi SAW ketika Turun Wahyu

Al-Quran yang diturunkan kepada Baginda penuh dengan kehebatan.

(Surah-Muzammil Ayat 5)

Sebagaimana patut diyakini, Al-Quran Adalah mukjizat, ia mempunyai keagungan yang luar biasa dan amat menakjubkan, jika ia diturunkan kepada gunung, tentu gunung itu akan hancur lebur kerana keagungannya.

(Rujuk Surah Al-Hasyr Ayat 21)

Kehebatan Al-Quran sebagai satu tanda kasih sayang Allah kepada Baginda.

(3.) Berperingkat-Peringkat Dalam Pensyariatan Hukum

Penurunan Al-Quran berjalan seiring dengan keperluan sosial masyarakat Arab, pada peringkat pertama, ia menghindar mereka dari syirik, menanamkan iman dan cinta kepada Allah dan Rasul serta hari kebangkitan, peringkat seterusnya ialah merealisasikan pengakuan iman dalam bentuk ibadah, solat sejak sebelum hijrah, puasa dan zakat pada tahun 3H dan haji pada tahun 8H, kemudian Al-Quran mengharamkan segala tradisi yang bersifat dosa besar diikuti dengan tradisi yang bersifat dosa kecil.
Contohnya pengharaman arak yang telah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat Arab, Al-Quran telah mengharamkan arak melalui empat tahap.

Tahap Pertama;
Al-Quran tidak mengharamkan sekaligus kerana masyarakat Arab pada masa itu meneguk arak bagaikan air putih.( Surah Al-Nahl Ayat 67)
Ayat ini menerangkan bahawa dua jenis buah ini dijadikan sumber rezeki yang baik dan boleh juga menjadi benda yang memabukkan (Haram), orang yang berfikir tentu dapat untuk mempertimbangkan akan dua hal ini.

Tahap kedua;
Ialah apabila sekumpulan umat Islam termasuk Umar Bin Al-Khattab bertanya kepada Rasulluh SAW hukum arak dan judi.( Surah Al-Baqarah Ayat 219)
Ayat ini menerangkan manafaat arak dan judi iaitu keuntungan material.

Tahap Ketiga;
Ayat yang diturunkan disebabakan Saidina Ali yang mabuk mengimami solat, beliau keliru membaca Surah Al-Kafirun dan menyebabkan terjadi kesalahan membaca.( Surah Al-Nisa Ayat 43)
Ketika ini, hukum arak telah jelas, tetapi belum diharamkan secara putus, secara zahirnya, arak diharamkan kepada mereka yang solat sebelum sedar daripada mabuk, ketika itu minum arak pada malam hari atau diluar waktu solat dibolehkan.

Tahap Keempat;
Turun ayat tentang pengharaman arak secara putus.( Surah Al Ma'idah) Ayat 90-91)
Penurunan ayat ini menyempurnakan pengharaman khamar secara berperingkat-peringkat yang menjadi kebijaksanaan Islam dalam menangani penyakit-penyakit yang melanda masyarakat.

Mempermudahkan Hafalan Dan Kefahaman Al-Quran
Penurunan Al-Quran secara beransur-ansur memudahkan mereka untuk menghafalkannya kerana pada ketika itu daya ingatan menjadi alat pembelajaran penting kerana rata-rata mereka tidak boleh membaca dan menulis.(Surah Al-Jumu'ah Ayat 2)

Oleh itu, jika Al-Quran diturunkan sekaligus, tentu mereka tidak mampu untuk menghafaz dan natijahnya mereka juga lemah untuk memahaminya.


















Sebagai Jawapan Terhadap Pelbagai Peristiwa Mahupun Kes

Dengan penurunan Al-Quran beransur-ansur,ayat-ayatnya telah membetulkan kesalahan umat Islam dan kesanya lebih kemas dalam hati umat,contohnya dalam perang Hunain,tentera Islam berbangga dengan jumlah tentera Islam yang ramai dan memandang rendah jumlah pasukan musuh yang lebih kecil.( Surah Al-Taubah Ayat 25)

Jika Al-Quran diturunkan sekaligus, maka tiadalah pembetulan yang tepat ketika terjadinya sesuatu kesalahan.

Sebagai Petunjuk Kepada Allah Yang Menurunkan Al-Quran

Penurunan secara berperingkat-peringkat telah menunjukkan kepada Zat yang menurunkan Al-Quran Yang Maha Bijaksana,terbukti dalam Al-Quran perkara-perkara yang menakjubkan,hukum yang ketat,kaya gaya bahasa,huruf dan kalimat yang sistematik dan lain-lain,betapa Al-Quran memiliki rangkain yang sangat mengkagumkan,padahal ia tidak diturunkan sekaligus,melainkan secara beransur-ansur seiring dengan kes dan kejadian,dalam tempoh 23 tahun 5 bulan,jelas bahawa di sana ada rahsia baru di antara rahsia-rahsia kemukjizatan,hinnga sekarang Al-Quran tetap menampakkan keagungannya.
(Surah Al-Nisa Ayat 82) dan (Surah Hud Ayat 1)

Kehebatan Al Quran tampak lebih jelas apabila tiada mana-mana karya di atas muka bumi ini yang dapat menandinginya, ini semua memperlihatkan kepada manusia akan kesempurnaan Allah.


DISEDIAKAN OLEH : ZUBAIR BIN OSMAN
MATRIK NO :3218

0 comments: