CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, April 1, 2009

Ayat-ayat awal yang diturunkan mengikut tajuk-tajuk.

1. Ayat yang awal diturunkan mengenai makanan :-




2. Ayat yang awal diturunkan mengenai minuman tentang pengharaman arak :-





3. Ayat yang awal diturunkan mengenai pembunuhan
Daripada ibnu abas berkata: bahawa ayat yang pertama diturunkan iaitu pada surah al hajj 39










PENURUNAN AL-QURAN
PENURUNAAN AL-QURAN BERPERINGKAT-PERINGKAT

Para ulama telah berselisih pendapat mengenai penurunan al-Quran. Namun demikian kita akan menerima dan membincangkan bahawa al-Quran diturunkan melalui tiga peringkat iaitu:

Peringkat pertama : Penurunan al-Quran dari Allah swt ke Luh Mahfuz iaitu satu-satunya tempat yang termulia yang terkumpul di dalamnya segala ketentuan Allah untuk semua makhluk-Nya. Ini terbukti dengan firman Allah swt:




Maksudnya : “Bahkan ia al-Quran yang mulia. Di papan yang terpelihara (Luh Mahfuz)”(Surah al-Buruj:21)


Hikmah Penurunan al-Quran peringkat pertama : merupakan kemuliaan bagi al-Quran itu sendiri kerana tempat tersebut nerupakan semulia-mulia tempat di sisi Allah. Peringkat ini juga perlu kerana peringkat itu menyempurnakan kewujudan Luh Mahfuz iaitu tempat bagi segala perangcangan yang wujud di ala mini dan al-Quran adalah termasuk di dalam perancangan Allah ke dunia ini. Penurunan peringkat ini adalah secara sekaligus.


Peringkat kedua : Penurunan peringkat ini ialah penurunan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia. Bukti adanya peringkat penurunan ini ialah firman Allah swt:




Maksudnya : “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar.”(Surah al-Qadar:1)


Begitu juga dengan firman Allah dalam ayat berikut :



Maksudnya : “Sesungguhnya Kami menurunkan ia pada malam yang berkat, sesungguhnya Kami pemberi peringatan kepada manusia.”(Surah ad-Dukhan:3)



Dalam firman Allah yang lain di dalam ayat yang berikut :






Maksudnya : “Bulan (puasa) yang diturunkan di dalamnya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk itu dan membezakan antara yang hak dan yang batil.” (Surah al-Baqarah:185)







Penurunan peringkat ini adalah masih dalam keadaan sekaligus. Ini dapat dilihat dari hadith yang telah diriwayatkan :




Maksudnya : “ Diturunkan al-Quran ke langit dunia dalam jumlah sekaligus pada malam Lailatul Qadar kemudian diturunkan sesudah itu selama dua puluh tahun”


Walaupun begitu terdapat juga beberapa pendapat ulama’ yang tidak berapa kuat mengatakan bahawa penurunan tersebut adalah berperingkat-peringkat.
Antaranya :

1.) Diturunkan al-Quran pada peringkat ini selama 23, 24 atau 25 malam Lailatul Qadar.

2.)Diturunkan al-Quran buat kali pertama pada malam lailatul Qadar dan seterusnya secara berperingkat-peringkat.

3.)Diturunkan oleh Malaikat Hafazah kepada Malaikat Jibril a.s dalam jangka masa 24 malam.









Peringkat ketiga : Iaitu peringkat penurunan dari Baitul Izzah ke dada Rasulullah s.a.w secara beransur-ansur selama 22,23,24 atau 25 tahun mengikut perselisihan pendapat para ulama’. Dalil bagi peringkat ini adalah firman Allah dalam ayat yang berikut :




Maksudnya : “Al-Quran ini Kami turunkan secara beransur-ansur supaya engkau bacakan kepada manusia dengan cara perlahan-lahan dan Kami turunkannya sedikit-sedikit.” (Surah al-Isra’:106)


Firman Allah lagi dalam al-Quran :




Maksudnya : “Diturunkan oleh Roh Suci (Jibril a.s). Ke dalam hati engkau (Ya Muhammad) supaya engkau memberi peringatan.”(Surah as-Syu’ara:194)

Begitu juga firman Allah dalam ayat yang berikut :




Maksudnya : “Kami turunkan kepada engkau (Ya Muhammad) Kitab (al-Quran) untk menerangkan bagi tiap-tiap sesuatu dan menjadi petunjuk dan rahmat serta khabar gembira bagi orang islam.”(Surah an-Nahl:89)



Dibuat oleh:Muhammad syakirin b md azmi
Matrik no: 3201

Kesimpulan tentang berapa kali ِِAl-Quran diturunkan

Ulama’ berpendapat imam Ar-Zaqhoni menyebut di dalam Al-Manahil Al-Arfan, di dalam kitab itu menyebut Al-Quran itu di turunkan berpandukan ayat Al-Quran surah Al-Qadr ayat 1
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar.”(Surah al-Qadar:1)
iaitu diturunkan pada malam lailatul qadar dan Jibril mengambil Al-Quran itu daripada Allah S.W.T dengan cara mendengar عاسما






PENURUNAN AL-QURAN SECARA BERANSUR-ANSUR

Al-Quran diturunkan beransur-ansur selama 23 tahun dan sebahagiannya diturunkan di Mekah atas pandangan ulama’ yang sahih. Selama 10 tahun
Al-Quran diturunkan di Madinah.Perkara ini sangat jelas tentang penurunan
Al-Quran secara beransur-ansur berdasarkan fiman Allah S.W.T dalam surah
Al-Israa’ ayat 106


Maksudnya : “Al-Quran ini Kami turunkan secara beransur-ansur supaya engkau bacakan kepada manusia dengan cara perlahan-lahan dan Kami turunkannya sedikit-sedikit.” (Surah al-Isra’:106)

Berbeza pula dengan kitab-kitab samawi yang lain seperti Taurat, Injil, Zabur. Semuanya diturunkan secara keseluruhan dan tidak diturunkan secara
beransur-ansur dengan Al-Quran berpandukan ayat Al-Quran di dalam surah
Al-Furqan ayat 32




Disediakan oleh: WAN MOHD ALI IMRAN B OTHMAN
Matrik no: 3525

Hikmah diturunkan al-Quran berperingkat-peringkat :

Sesungguhnya terdapat banyak hikmah mengapa Allah menurunkan al-Quran secar berperingkat-peringkat:

• Peringkat-peringkat tersebut dapat membezakan Kitab al-Quran dengan Kitab-kitab Allah terdahulu. Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat sementara yang lain secara sekaligus.
• Peringkat-peringkat tersebut dapat mengagungkan Kitab al-Quran iaitu kedatangannya disebar kepada seluruh penghuni alam dari langit sampailah ke bumi.
• Peringkat-peringkat tersebut sesungguhnya bertujuan untuk menambahkan keyakinan kepada seluruh makhluk penghuni semua penjuru alam bahawa al-Quran sebagai kitab yang terakhir itu adalah dari Allah dan bukan ciptaan Nabi Muhammad atau sebagainya.
• Penurunan secara yang demikian sesungguhnya juga memuliakan kerasulan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai penyudah dan Penghuu segala Nabi.


Al-Quran terbukti diturunkan untuk menjadi petunjuk dan hidayah yang mengubah masyarakat Jahiliyah yang buruk kepada umat Islam yang berbudi pekerti mulia dan mampu mengubah alam. Maka sesungguhnya al-Quran itu adalah hidayah dan rahmat bagi sekalian alam.


















Ramadhan Bulan Al_Quran

Firman Allah Taala:
(Surah Al-Baqarah Ayat 185)

Bulan Ramadhan juga digelar bulan Al-Quran (Syahr Al-Quran) kerana Allah telah menurunkan Al-Quran kepada Nabi SAW pada bulan ini,peristiwa agung iniberlaku pada 17 Ramadhan ketika Nabi SAW berusia 40 tahun semasa baginda sedang berkhulwah di gua Hira,malaikat Jibril AS dating memeluk kemas baginda dan menyuruh baginda membaca.(Surah Al-Alaq Ayat 1-5)

Penurunan 5 ayat ini adalah permulaan tugas baginda sebagai utusan Allah untuk menyuluh manusia kepada kebenaran daripada terus dilingkungi gelap pekat jahiliah.

Proses Penurunan Al-Quran

Bermula dengan 5 ayat, Al-Quran seterusnya diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Nabi SAW.

(1.) Memperkukuh (memantapkan) Hati Nabi SAW Dalam Menghadapi Sikap Orang- OrangMusyrikin Yang Menyakitkan Hati

Permusuhan orang-orang Musyrik terhadap Al-Quran dan Rasulullah SAW adalah menyakitkan, maka Al-Quran turun sebagai penghibur dan senjata dalam menempuh jalan dakwah Baginda dan umat Islam.

(Surah Al-Fuqan Ayat 32)

Kadangkala kepedihan Baginda dan umat Islam diubat dengan kisah-kisah Nabi terdahulu, supaya Baginda SAW mengambil hikmah dari kegigihan merka.
(Surah Al-Saffat Ayat 171-173), (Surah Ali Imran Ayat 12)

Ayat-ayat ini sangat berperanan dalam meringankan beban Nabi SAW,dengan turunnya ayat secara berulang-ulang,kedatangan Jibril membawa ayat-ayat jaminan pertolongan dan pembelaan telah membawa kesan yang sangat besar dalam perjalanan dakwah Baginda bahawa Allah SWT selalu bersamanya.



(2.) Sebagai Tanda Kasih Sayang Kepada Nabi SAW ketika Turun Wahyu

Al-Quran yang diturunkan kepada Baginda penuh dengan kehebatan.

(Surah-Muzammil Ayat 5)

Sebagaimana patut diyakini, Al-Quran Adalah mukjizat, ia mempunyai keagungan yang luar biasa dan amat menakjubkan, jika ia diturunkan kepada gunung, tentu gunung itu akan hancur lebur kerana keagungannya.

(Rujuk Surah Al-Hasyr Ayat 21)

Kehebatan Al-Quran sebagai satu tanda kasih sayang Allah kepada Baginda.

(3.) Berperingkat-Peringkat Dalam Pensyariatan Hukum

Penurunan Al-Quran berjalan seiring dengan keperluan sosial masyarakat Arab, pada peringkat pertama, ia menghindar mereka dari syirik, menanamkan iman dan cinta kepada Allah dan Rasul serta hari kebangkitan, peringkat seterusnya ialah merealisasikan pengakuan iman dalam bentuk ibadah, solat sejak sebelum hijrah, puasa dan zakat pada tahun 3H dan haji pada tahun 8H, kemudian Al-Quran mengharamkan segala tradisi yang bersifat dosa besar diikuti dengan tradisi yang bersifat dosa kecil.
Contohnya pengharaman arak yang telah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat Arab, Al-Quran telah mengharamkan arak melalui empat tahap.

Tahap Pertama;
Al-Quran tidak mengharamkan sekaligus kerana masyarakat Arab pada masa itu meneguk arak bagaikan air putih.( Surah Al-Nahl Ayat 67)
Ayat ini menerangkan bahawa dua jenis buah ini dijadikan sumber rezeki yang baik dan boleh juga menjadi benda yang memabukkan (Haram), orang yang berfikir tentu dapat untuk mempertimbangkan akan dua hal ini.

Tahap kedua;
Ialah apabila sekumpulan umat Islam termasuk Umar Bin Al-Khattab bertanya kepada Rasulluh SAW hukum arak dan judi.( Surah Al-Baqarah Ayat 219)
Ayat ini menerangkan manafaat arak dan judi iaitu keuntungan material.

Tahap Ketiga;
Ayat yang diturunkan disebabakan Saidina Ali yang mabuk mengimami solat, beliau keliru membaca Surah Al-Kafirun dan menyebabkan terjadi kesalahan membaca.( Surah Al-Nisa Ayat 43)
Ketika ini, hukum arak telah jelas, tetapi belum diharamkan secara putus, secara zahirnya, arak diharamkan kepada mereka yang solat sebelum sedar daripada mabuk, ketika itu minum arak pada malam hari atau diluar waktu solat dibolehkan.

Tahap Keempat;
Turun ayat tentang pengharaman arak secara putus.( Surah Al Ma'idah) Ayat 90-91)
Penurunan ayat ini menyempurnakan pengharaman khamar secara berperingkat-peringkat yang menjadi kebijaksanaan Islam dalam menangani penyakit-penyakit yang melanda masyarakat.

Mempermudahkan Hafalan Dan Kefahaman Al-Quran
Penurunan Al-Quran secara beransur-ansur memudahkan mereka untuk menghafalkannya kerana pada ketika itu daya ingatan menjadi alat pembelajaran penting kerana rata-rata mereka tidak boleh membaca dan menulis.(Surah Al-Jumu'ah Ayat 2)

Oleh itu, jika Al-Quran diturunkan sekaligus, tentu mereka tidak mampu untuk menghafaz dan natijahnya mereka juga lemah untuk memahaminya.


















Sebagai Jawapan Terhadap Pelbagai Peristiwa Mahupun Kes

Dengan penurunan Al-Quran beransur-ansur,ayat-ayatnya telah membetulkan kesalahan umat Islam dan kesanya lebih kemas dalam hati umat,contohnya dalam perang Hunain,tentera Islam berbangga dengan jumlah tentera Islam yang ramai dan memandang rendah jumlah pasukan musuh yang lebih kecil.( Surah Al-Taubah Ayat 25)

Jika Al-Quran diturunkan sekaligus, maka tiadalah pembetulan yang tepat ketika terjadinya sesuatu kesalahan.

Sebagai Petunjuk Kepada Allah Yang Menurunkan Al-Quran

Penurunan secara berperingkat-peringkat telah menunjukkan kepada Zat yang menurunkan Al-Quran Yang Maha Bijaksana,terbukti dalam Al-Quran perkara-perkara yang menakjubkan,hukum yang ketat,kaya gaya bahasa,huruf dan kalimat yang sistematik dan lain-lain,betapa Al-Quran memiliki rangkain yang sangat mengkagumkan,padahal ia tidak diturunkan sekaligus,melainkan secara beransur-ansur seiring dengan kes dan kejadian,dalam tempoh 23 tahun 5 bulan,jelas bahawa di sana ada rahsia baru di antara rahsia-rahsia kemukjizatan,hinnga sekarang Al-Quran tetap menampakkan keagungannya.
(Surah Al-Nisa Ayat 82) dan (Surah Hud Ayat 1)

Kehebatan Al Quran tampak lebih jelas apabila tiada mana-mana karya di atas muka bumi ini yang dapat menandinginya, ini semua memperlihatkan kepada manusia akan kesempurnaan Allah.


DISEDIAKAN OLEH : ZUBAIR BIN OSMAN
MATRIK NO :3218

Wednesday, February 25, 2009

Pengertian Ulum Al-Quran

Pengertian dari segi bahasa: ada 3 makna:


- Qara’a mempunyai erti mengumpulkan dan menghimpun.
- Qiraah bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi.
- Quran pada mulanya seperti qiraah, iaitu masdar (infinitif) dari kata qara’a, qiraatan, quranan.
Allah SWT berfirman;
Ertinya: “Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaannya itu.” (Al-Qiyaamah: 17–18).
Kata qur’anah (bacaannya) pada ayat di atas bererti qiraatuhu (bacaannya/cara membacanya). Jadi, kata itu adalah masdar menurut wazan (konjunsi) fu’lan dengan vocal seperti ghufran dan syukran. Kita dapat mengatakan qara’tuhu, quran, qiraatan wa quranan, ertinya sama saja.
Di sini maqru’ (apa yang dibaca) diberi nama quran (bacaan), yakni penamaan maf’ul dengan masdar.
Quran dikhususkan sebagai nama bagi kitab yang diturunkan kepada Muhammad saw. sehingga Quran menjadi nama khas bagi kitab itu, sebagai nama diri. Secara gabungan, nama itu dipakai untuk nama Quran secara keseluruhan, begitu juga untuk penamaan ayat-ayatnya.
Maka, jika kita mendengar orang membaca ayat Quran,kita boleh mengatakan bahawa ia sedang membaca Alquran.
Firman Allah s.w.t:
204. Dan apabila dibacakan Al Quran, Maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat[591].
[591] Maksudnya: jika dibacakan Al Quran kita diwajibkan mendengar dan memperhatikan sambil berdiam diri, baik dalam sembahyang maupun di luar sembahyang, terkecuali dalam shalat berjamaah ma'mum boleh membaca Al Faatihah sendiri waktu imam membaca ayat-ayat Al Quran. (Al-A’raaf: 204).
Sebahagian ulama menyebutkan bahawa penamaan kitab ini dengan nama Alquran di antara kitab-kitab Allah itu kerana kitab ini mencakup inti dari kitab-kitab-Nya, bahkan mencakup inti dari semua ilmu.
Hal itu diisyaratkan dalam firman-Nya yang ertinya;
“Dan, Kami turunkan kepadamu al-kitab (Quran) sebagai penjelasan bagi segala sesuatu.” (An-Nahl: 89).
“Tiada Kami alpakan sesuatu pun di dalam al-kitab ini (Quran).” (Al-An’am: 38).
Pendapat kedua : Sebahagian ulama berpendapat bahawa kata Quran itu pada asalnya tidak berhamzah sebagai kata jadian.
Mungkin kerana ia dijadikan sebagai suatu nama bagi kalam yang diturunkan kepada Nabi saw. dan bukannya kata jadian dari qaraa
Adapun mungkin juga kerana ia berasal dari kata qarana asy-syai’ bi asy-syai’, yang bererti memperhubungkan sesuatu dengan yang lain atau juga berasal dari kata qaraain (saling berpasangan), kerana ayat-ayatnya satu dengan yang lain saling menyerupai. Dengan demikian, huruf nun itu asli.
Namun, pendapat ini masih diragukan,- yang benar adalah pendapat yang pertama.
Secara Istilah
Al-Quran memang sukar diberi batasan-batasan dengan definisi-definisi logika yang mengelompokkan segala jenis, bahagian-bahagian, serta ketentuan-ketentuannya
Yang khusus: mempunyai genus, differentia, dan propium, sehingga definisi Quran memiliki batasan yang benar-benar kongkrit.
Definisi Alquran yang kongkrit adalah menghadirkannya dalam fikiran atau dalam realiti, misalnya kita menunjuk sebagai Quran kepada yang tertulis dalam mushaf atau terbaca dengan lisan. Untuk itu, kita katakan, “Quran adalah apa yang ada di antara dua buku,” atau kita katakan juga, “Alquran adalah bismillaahir rahmaanir rahiim, alhamdulillaahi rabbil ‘aalamiin … minal jinnati wannaas.”
Para ulama menyebutkan definisi Alquran secara istilahnya:ada empat pecahan :
- mendekati maknanya dengan membezakan dari yang lain dengan menyebutkan bahawa Alquran adalah kalam atau firman Allah
- diturunkan kepada Muhammad saw.
- pembacaannya merupakan ibadah.
- dan penyampaian secara mutawatir.
Dalam definisi kalam- merupakan kelompok jenis yang meliputi segala kalam. Dan, dengan menggabungkannya kepada Allah (kalamullah) bererti tidak termasuk semua kalam manusia, jin, dan malaikat.
Dan, dengan kata-kata yang diturunkan, maka tidak termasuk kalam Allah yang sudah khusus bagi milik-Nya.
“Katakanlah, ‘Sekiranya lautan menjadi tinta untuk menuliskan firman Rabku, akan habislah lautan sebelum firman Rabku habis ditulis, sekalipun Kami berikan tambahannya sebanyak itu pula.” (Al-Kahfi: 109).
“Dan, seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta, ditambahkan sesudahnya tujuh lautan lagi, nescaya kalam Allah tidak akan habis-habisnya.” (Luqman: 27).
Dan membatasi apa yang diturunkan itu hanya kepada Muhammad saw., tidak termasuk apa yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya, seperti Taurat, Injil, dan lain-lain.
Adapun yang pembacaannya merupakan suatu ibadah mengecualikan hadis-hadis ahad dan hadis-hadis qudsi–bila kita berpendapat bahawa yang diturunkan Allah itu kata-katanya–sebab kata-kata pembacaannya sebagai ibadah, ertinya perintah untuk membacanya di dalam salat dan lainnya sebagai suatu ibadah, sedangkan qiraat ahad dan hadis-hadis qudsi tidak demikian halnya.
Nama Dan Sifat Al-Quran

Allah menamakan Alquran dengan beberapa nama;
1) Alquran




“Alquran ini memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus.” (Al-Isra’: 9).
2) Kitab





“Telah kami turunkan kepadamu al-kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu.” (Al-Ambiya’: 10).
3) Furqan


“Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan kepada hamba-Nya agar dia menjadi pemberi peringatan kepada semesta alam.” (Al-Furqan: 1).
4) Zikr




“ Sesungguhnya kamilah yang telah menurunkan az-zikr (Alquran) dan sesungguhnya kamilah yang benar-benar akan menjaganya.” (Al-Hijr: 9).
5) Tanzil



“Dan, Alquran ini Tanzil (diturunkan) dari Tuhan semesta alam.” (Asy-Syu’ara: 192).
Al-Quran dan al-kitab lebih popular dari nama-nama yang lain. Dalam hal ini Dr. Muhammad Abdullah Daraz berkata, “Ia dinamakan Quran kerana ia ‘dibaca’ dengan lisan, dan dinamakan al-kitab kerana ia ‘ditulis’ dengan pena. Kedua nama ini menunjukkan makna yang sesuai dengan kenyataannya.”
Penamaan Quran dengan kedua nama ini memberikan isyarat bahawa selayaknyalah ia dipelihara dalam bentuk hafalan dan tulisan. Dengan demikian, apabila di antara salah satunya ada yang melencong, maka yang lain akan meluruskannya. Kita tidak dapat menyandarkan hanya kepada seseorang sebelum hafalannya sesuai dengan tulisan yang telah disepakati oleh para sahabat, yang dinukilkan kepada kita dari generasi ke generasi menurut keadaan sewaktu dibuatnya pertama kali. Dan, kita pun tidak dapat menyandarkan hanya kepada tulisan penulis sebelum tulisan itu sesuai dengan hafalan tersebut berdasarkan isnad yang sahih dan mutawatir.
Dengan penjagaan yang ganda ini, yang oleh Allah telah ditanamkan ke dalam jiwa umat Muhammad untuk mengikuti langkah Nabi-Nya, maka Quran tetap terjaga dalam benteng yang kukuh.
Hal itu tidak lain untuk mewujudkan janji Allah yang menjamin terpeliharanya Quran, seperti difirmankan-Nya,


“Sesungguhnya kamilah yang telah menurunkan az-zikr (Alquran) dan sesungguhnya kamilah yang benar-benar akan menjaganya.” (Al-hijr: 9).
Dengan demikian, Quran tidak mengalami penyimpangan, perubahan, dan keterputusan sanad, seperti terjadi pada kitab-kitab terdahulu.
Penjagaan ganda ini di antaranya menjelaskan bahawa kitab-kita samawi lainnya diturunkan hanya dalam waktu itu, sedang Quran diturunkan untuk membetulkan dan menguji kitab-kitab yang sebelumnya. Kerana itu, Quran mencakup hakikat yang ada di dalam kitab-kitab terdahulu dan menambahnya dengan tambahan yang dikehendaki Allah. Quran menjalankan fungsi kitab-kitab sebelumnya, tetapi kitab-kitab itu tidak dapat menempati posisinya. Allah telah menakdirkan untuk menjadikannya sebagai bukti sampai hari kiamat. Dan, apabila Allah menghendaki suatu perkara, maka Dia akan mempermudah jalannya ke arah itu. Kerana, Dia Maha bijaksana dan Maha tahu. Inilah alasan yang paling kuat.
Allah telah melukiskan Quran dengan beberapa sifat, di antaranya sebagai berikut.
Nur(Cahaya)



“Wahai manusia, telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang.” (An-Nisa’: 174).

Huda
(Petunjuk), Syifa’ (Ubat), Rahmah (Rahmat), dan Mau’izah (Nasihat)



“Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu nasihat dari Tuhanmu dan ubat bagi yang ada di dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Yunus: 57).
Mubin (yang Menerangkan)



“Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan.” (Al-Ma’idah: 15).
Mubarak (yang Diberkati)



“Dan, Alquran ini adalah kitab yang telah kami berkahi, membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya ….” (Al-An’am: 92)
Busyra (Khabar Gembira)


“… yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya dan menjadikan petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah: 97).
‘Aziz (yang Mulia)

“Mereka yang mengingkari az-zikr (Alquran) ketika Alquran datang kepada mereka, (mereka pasti celaka). Alquran adalah kitab yang mulia.” (Fussilat: 41).
Majid (yang Dihormati)
ö
“Bahkan yang mereka dustakan itu adalah Alquran yang dihormati.” (Al-Buruj: 21).
Basyir (Pembawa Khabar Gembira ) dan Nazir (Pembawa Peringatan)


“Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui, yang membawa khabar gembira dan yang membawa peringatan.” (Fusilat: 3–4).
Setiap penamaan atau pelukisan itu merupakan salah satu makna dalam Quran.







Dibuat oleh: Muhammad Naim Bin Osman
No Matrik : 3386

Perbezaan Alquran dengan Hadis Qudsi

Ada beberapa perbezaan antara Alquran dengan hadis qudsi, dan yang terpenting adalah sebagai berikut.

BIL Al-QURAN

HADIS QUDSI
1 Alquran adalah kalam Allah yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. dengan lafaz-Nya, dan dengan itu pula orang Arab ditentang, tetapi mereka tidak mampu membuat seperti Al-quran itu, atau sepuluh surah yang serupa itu, bahkan satu surah sekalipun. Tentangan itu tetap berlaku, kerana Al-quran adalah mukjizat yang abadi hingga hari kiamat. Adapun hadis qudsi adalah kalam Allah tidak untuk menentang dan tidak pula untuk mukjizat.
2 Alquran hanya dinisbahkan kepada Allah, sehingga dikatakan Allah Taala berfirman. Adapun hadis qudsi, seperti telah dijelaskan di atas, terkadang diriwayatkan dengan disandarkan kepada Allah, sehingga nisbah hadis qudsi itu kepada Allah adalah nisbah dibuatkan. Maka dikatakan, Allah telah berfirman atau Allah berfirman. Dan terkadang pula diriwayatkan dengan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. tetapi nisbahnya adalah nisbah kabar, kerana Nabi menyampaikan hadis itu dari Allah. Maka, dikatakan Rasulullah s.a.w. mengatakan apa yang diriwayatkan dari Tuhannya.
3 Seluruh isi Alquran dinukil secara mutawatir, sehingga kepastiannya mutlak. Adapun hadis-hadis qudsi kebanyakan adalah khabar ahad, sehingga kepastiannya masih merupakan dugaan. Adakalanya hadis itu sahih, hasan, dan kadang-kadang dhaif.
4 DALIL :
Allah berfirman:




“Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu. DALIL :
Allah berfirman tentang malaikat,
“… padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ….” (Al-Baqarah: 30).
5 Membaca Alquran merupakan ibadah, kerana itu ia dibaca dalam solat.

“Maka, bacalah apa yang mudah bagimu dalam Alquran itu.” (Al-Muzamil: 20).
Nilai ibadah membaca Alquran juga terdapat dalam hadis,

“Barang siapa membaca satu huruf dari Alquran, dia akan memperoleh satu kebaikan. Dan, kebaikan itu akan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan alif laam miim itu satu huruf. Tetapi alif satu huruf, laam satu huruf, dan miim satu huruf.” (HR Tirmizi dan Ibnu Mas’ud). Adapun hadis qudsi tidak disuruh membacanya dalam solat. Allah memberikan pahala membaca hadis qudsi secara umum saja. Maka, membaca hadis qudsi tidak akan memperoleh pahala seperti yang disebutkan dalam hadis mengenai membaca Alquran bahawa pada setiap huruf mendapatkan sepuluh kebaikan.



HADIS NABAWI

Hadis nabawi itu ada dua bahagian:
( Pertama, tauqifi )
Yang bersifat tauqifi iaitu yang kandungannya diterima oleh Rasulullah s.a.w. dari wahyu. Lalu, ia menjelaskan kepada manusia dengan kata-katanya sendiri. Bahagian ini meskipun kandungannya dinisbahkan kepada Allah, tetapi dari segi pembicaraan lebih layak dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w., sebab kata-kata itu dinisbahkan kepada yang mengatakannya meskipun di dalamnya terdapat makna yang diterima dari pihak lain.
( Kedua, taufiqi )
Yang bersifat taufiqi iaitu yang disimpulkan oleh Rasulullah s.a.w. Menurut pemahamannya terhadap Alquran, kerana ia mempunyai tugas menjelaskan Alquran atau menyimpulkannya dengan pertimbangan dan ijtihad. Bahagian kesimpulan yang bersifat ijitihad ini diperkuat oleh wahyu jika ia benar. Dan, bila terdapat kesalahan di dalamnya, turunlah wahyu yang membetulkannya. Bahagian ini bukanlah kalam Allah secara pasti.
Dari sini, jelaslah bahawa hadis nabawi dengan kedua bahagiannya yang tauqifi atau yang taufiqi dengan ijtihad yang diakui dari wahyu itu bersumber dari wahyu. Inilah makna dari firman Allah tentang Rasul-Nya:

Maksudnya:
“Dia (Muhammad) tidak berbicara menurut hawa nafsunya. Apa yang diucapkannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diturunkan kepadanya.” (An-Najm: 3–4).



Perbezaan di antara hadith nabawi dan hadith qudsi :

BIL HADITH NABAWI HADITH QUDSI

1 DARI SEGI BAHASA :
Hadits (baru) dalam erti bahasa lawan dari kata qadim (lama). Dan, yang dimaksud hadis ialah setiap kata-kata yang diucapkan dan dinukil serta disampaikan oleh manusia, baik kata-kata itu diperoleh melalui pendengarannya mahupun wahyu; baik dalam keadaan jaga mahupun dalam keadaan tidu DARI SEGI BAHASA :
Hadis qudsi dinisbahkan kepada kata quds. Nisbah ini mengesankan rasa hormat kerana menunjukkan kebersihan dan kesucian dalam erti bahasa. Maka, kata taqdis bererti menyucikan Allah. Taqdis sama dengan tath-hir, dan taqaddasa sama dengan tathahhara (suci, bersih).
2 DARI SEGI ISTILAH :
Adapun menurut istilah, pengertian hadis ialah apa saja yang disandarkan kepada Nabi saw., baik berupa perkataan, perbuatan, persetujuan, mahupun sifat.
•Yang berupa perkataan seperti perkataan Nabi s.a.w.

“Sesungguhnya sahnya amal itu disertai dengan niat. Dan, setiap orang bergantung pada niatnya ….”(HR Bukhari).
•Yang berupa perbuatan ialah seperti ajarannya kepada para sahabat mengenai bagaimana cara mengerjakan solat, kemudian ia mengatakan:

“Solatlah seperti kamu melihat aku salat.” (HR Bukhari).
Juga, mengenai bagaimana ia melaksanakan ibadah haji, dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ambillah dariku manasik hajimu.” (HR Muslim).
• Adapun yang berupa persetujuan adalah seperti ia menyetujui suatu perkara yang dilakukan salah seorang sahabat, baik perkataan ataupun perbuatan; di hadapannya ataupun tidak, tetapi beritanya sampai kepadanya, seperti makanan biawak yang dihidangkan kepadanya. Dan, persetujuannya dalam satu riwayat, Rasulullah saw. mengutus orang dalam satu peperangan. Orang itu membaca suatu bacaan dalam solat yang diakhiri dengan:

Setelah pulang, mereka menyampaikan hal itu kepada Rasulullah s.a.w., lalu Rasulullah s.a.w. berkata:
(سلوه لأى شىء يصنع ذلك؟)
“Tanyakan kepadanya mengapa ia berbuat demikian?” Mereka pun menanyakan, dan orang itu menjawab, “Kalimat itu adalah sifat Allah dan aku senang membacanya.” Maka Rasulullah s.a.w. menjawab:
(أخبروه أن الله يحبه)
“Katakan kepadanya bahawa Allah pun menyenangi dia.” (HR Bukhari dan Muslim).
•Yang berupa sifat adalah riwayat seperti bahawa Rasulullah saw. selalu bermuka cerah, berperangai halus dan lembut, tidak keras dan tidak pula kasar, tidak suka berteriak keras, tidak pula berbicara kotor, dan tidak juga suka mencela. DARI SEGI ISTILAH :
Hadis qudsi adalah hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w. disandarkan kepada Allah. Maksudnya, Rasulullah saw. meriwayatkannya bahawa itu adalah kalam Allah. Maka, Rasulullah s.a.w. menjadi perawi kalam Allah ini dengan lafaz dari Rasulullah saw. sendiri. Bila seseorang meriwayatkan hadis qudsi, dia meriwayatkannya dari Allah dengan disandarkan kepada Allah dengan mengatakan, “Rasulullah saw. mengatakan mengenai apa yang diriwayatkannya dari Tuhannya,” atau ia mengatakan, “Rasulullah saw. mengatakan, ‘Allah Taala telah berfirman atau berfirman Allah Taala’.”
3 DALIL :


“Hadis (kata-kata) siapakah yang lebih benar selain dari pada Allah?” (An-Nisa: 87).
- Begitu pula yang terjadi pada manusia, di waktu tidurnya juga dinamakan hadis.

“… dan engkau telah mengajarkan kepadaku sebahagian takwil dari hadis-hadis (maksudnya mimpi).” (Yusuf: 101). DALIL :
Allah berfirman tentang malaikat,

“… padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ….” (Al-Baqarah: 30).
4 Al-hadith an-nabawi iaitu hadith yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W samada perkataan, perbuatan atau sifat atau taqrirnya. Al-hadith al-qudsi iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W dan disandarkan kepada Allah S.W.T. Hadith ini juga dinamakan al-hadith Ilahi atau Al-hadith ar-rabbani.







Hadis qudsi itu maknanya dari Allah, ia disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. melalui salah satu cara penurunan wahyu, sedang lafaznya dari Rasulullah s.a.w. Inilah pendapat yang kuat. Dinisbahkannya hadis qudsi kepada Allah Taala adalah nisbah mengenai isinya, bukan nisbah mengenai lafaznya. Sebab, seandainya hadis qudsi itu lafaznya juga dari Allah, tidak ada lagi perbezaan antara hadis qudsi dan Alquran, dan tentu pula gaya bahasanya menuntut untuk ditentang, serta membacanya pun akan dianggap ibadah.
Mengenai hal ini timbul dua macam syubhat :
1. Bahawa hadis nabawi juga wahyu secara maknawi yang lafaznya dari Rasulullah s.a.w., tetapi mengapa hadis nabawi tidak kita namakan juga hadis qudsi. Jawabnya adalah, kita merasa pasti tentang hadis qudsi bahawa ia diturunkan maknanya dari Allah kerana adanya nas syara’ yang menisbahkannya kepada Allah, iaitu kata-kata Rasulullah s.a.w. Allah Taala telah berfirman, atau Allah Taala berfirman. Itu sebabnya kita namakan hadis itu hadis qudsi. Hal ini berbeza dengan hadis nabawi, kerana hadis nabawi tidak memuat nas seperti ini. Di samping itu, masing-masing isinya boleh jadi diberitahukan kepada Nabi melalui wahyu, yakni secara tauqifi, namun mungkin juga disimpulkan melalui ijtihad, iaitu secara taufiqi. Oleh sebab itu, kita namakan masing-masing dengan nabawi sebagai terminal nama yang pasti. Seandainya kita mempunyai bukti untuk membezakan mana wahyu tauqifi, tentulah hadis nabawi itu kita namai pula hadis qudsi.

2. Apabila lafaz hadis qudsi itu dari Rasulullah s.a.w., maka dengan alasan apakah hadis itu dinisbahkan kepada Allah melalui kata-kata Nabi: Allah Taala telah berfirman atau Allah Taala berfirman. Jawabnya ialah bahawa hal yang demikian ini biasa terjadi dalam bahasa Arab, yang menisbahkan kalam berdasarkan kandungannya, bukan berdasarkan lafaznya. Misalkan ketika kita mengubah sebait syair menjadi prosa, kita katakan bahawa penyair berkata demikian. Juga ketika kita menceritakan apa yang kita dengar dari seseorang, kita pun mengatakan si Fulan berkata demikian. Begitu juga Alquran menceritakan tentang Musa, Firaun, dan sebagainya, isi kata-kata mereka dengan lafaz yang bukan lafaz mereka dan dengan gaya bahasa yang bukan gaya bahasa mereka, tetapi dinisbahkan kepada mereka.




Maksudnya:

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu menyeru Musa (dengan firmannya): ‘Datangilah kaum yang zalim itu, (iaitu) kaum Firaun. Mengapa mereka tidak bertakwa? Berkata Musa: ‘Ya Tuhanku, aku takut bahawa mereka akan mendustakan aku. Dan, (kerana itu) sempitlah dadaku dan tidak lancar lidahku, maka utuslah (Jibril) kepada Harun. Dan, aku berdosa terhadap mereka, maka aku takut mereka akan membunuhku.’ Allah berfirman, ‘Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat kami (mukjizat-mukjizat); sesungguhnya kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan), maka datanglah kamu berdua kepada Firaun dan katakanlah olehmu, ‘Sesungguhnya kami adalah rasul Tuhan semesta alam, lepaskanlah Bani Israil (pergi) beserta kami.’ Firaun menjawab, ‘Bukankah kami telah mengasuhmu di antara (keluarga) kami, waktu kamu masih kanak-kanak dan kamu tinggal bersama kami beberapa tahun dari umurmu. Dan, kamu telah berbuat sesuatu perbuatan yang kamu lakukan itu dan kamu termasuk golongan orang-orang yang tidak membalas guna.’ Berkata Musa, ‘Aku telah melakukannya sedang aku di waktu itu termasuk orang-orang yang khilaf. Lalu, aku lari meninggalkan kamu ketika aku takut kepadamu, kemudian Tuhanku memberikan kepadaku ilmu serta Dia menjadikanku salah seorang di antara rasul-rasul. Budi yang kamu limpahkan kepadaku itu adalah (disebabkan) kamu telah memperhambakan Bani Israil.’ Firaun bertanya, ‘Siapa Tuhan semesta alam itu?’ Musa menjawab, ‘Tuhan Pencipta langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya (itulah Tuhanmu), jika kamu sekalian (orang-orang) mempercayainya’.” (As-Syuara: 10–24). Seluruh isi Alquran dinukil secara mutawatir, sehingga kepastiannya mutlak.




Oleh : MOHD ZABIDI BIN SAAIDIN
No Matrik : 3292

Pengertian wahyu

Dari segi bahasa :


1. Memberitahu sesuatu dengan cara yang tidak jelas atau samar-samar dan segera.
2. Sesuatu yang ditulis atau al-risalah yang membawa maksud kerasulan.
3. Segala yang disampaikan secara rahsia kepada pihak lain supaya dapat diketahuinya.
4. Wahyu membawa maksud sesuatu yang ditulis atau al-Maktub.
5. Segala apa yang disampaikan oleh Allah secara rahsia kepada makhluknya baik manusia dan binatang.
6. Segala apa yang disampaikan oleh makhluk sesama mereka.
Dari segi istilah :
1. Segala apa yang disampaikan oleh Allah secara rahsia kepada nabi dan rasul-Nya, seperti Al-Qur’an dan hadis.
2. Wahyu membawa pengertian yang lebih umum dan lebih luas daripada pengertian al-Qur’an. Hal itu kerana al-Qur’an merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, tapi tidak semua wahyu itu, berpa Al-Qur’an. Dimana ada yang berupa hadis, kitab Zabur, Taurat dan Injil adalah juga wahyu Allah.
Jenis-jenis wahyu
Wahyu dibahagikan kepada lima jenis, iaitu :
1. Wahyu itu termasuklah segala jenis percakapan diantara seorang hamba dengan Tuhannya. Iaitu disebalik hijab. Contohnya :
Rasul mendengar kata-kata tersebut tetapi tidak melihat siapa yang menuturkannya, seperti
Allah bercakap dengan Nabi Musa. Sebagaimana firman Allah S.W.T :



Yang bermaksud : “ Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa Dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).”
2. Wahyu itu juga merupakan melalui ilham atau dalam bentuk ilham. Iaitu Allah mencampakkan ke dalam hati Rasul-Nya dalam bentuk ilmu dan pengetahuan yang benar.
3. Wahyu juga dalam bentuk mimpi yang benar. Sebagai contohnya Nabi Ibrahim bermimpi akan menyembelih anaknya Ismail. Sebagaimana apa yang termaktub di dalam Al-Qur’an melalui firman Allah S.W.T:



Yang bermaksud : “Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu”
4. Wahyu datang dengan perantaraan Jibrail. Sebagaimana Firman Allah S.W.T :




Yang bermaksud : “Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril Yang amanah. 194.Ke Dalam hatimu, supaya Engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).195(ia diturunkan) Dengan bahasa Arab Yang fasih serta terang nyata.”
5. Wahyu Allah kepada Nabi Muhammad diatas langit ketujuh pada malam isra’ dan mikraj. Iaitu tentang solat lima waktu. Martabat wahyu jenis ini tidak dapat diketahui caranya, hanya Allah yang mengetahui-Nya. Namun ia adalah benar sebagaimana sabit dalam hadis riwayat bukhari dan muslim.
Cara penurunan wahyu
Apa yang dimaksudkan dengan cara penurunan wahyu disini sebenarnya ialah penurunan al-Qur’an. Untuk itu cara penurunan al-Qur’an kepada nabi dalam dua cara :
1. Penurunan wahyu dengan erti Al-Ihaa’. Iaitu memberi wahyu.
- Wahyu mengikut konsep ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis. Sebagaimana yang terkandung di dalam firman Allah S.W.T :


Yang bermaksud : “ Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia Bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali Dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau Dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya Dengan izin Allah akan apa Yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha tinggi keadaannya, lagi Maha Bijaksana.”
a) Perkhabaran atau wahyu yang diturunkan daripada Allah melalui ilham tanpa sebarang perantaraan. Wahyu jenis ini juga termasuk mimpi-mimpi para nabi dan rasul yang benar. Contohnya Nabi Ibarahim bermimpi menyembelih anaknya Ismail. Sebagaimana firman Allah :


Yang bermaksud : “Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu;”
b) Nabi dan rasul mendengar kalam Allah atau Allah berbicara dengan mereka di sebalik hijab atau takbir. Contohnya, kisah Nabi Musa yang menerima perlantikan dan perutusan kerasulannya. Sebagaimana firman Allah :


Yang bermaksud : “ Maka apabila ia sampai ke tempat api itu (kedengaran) ia diseru: "Wahai Musa! 12. "Sesungguhnya Aku Tuhanmu! maka bukalah kasutmu, kerana Engkau sekarang berada di Wadi Tuwa Yang suci.”
Bahagian ini juga termasuk wahyu yang diterima oleh Nabi Muhammad pada malam isra’ mikraj supaya menunaikan solat lima waktu secara langsung tanpa sebarang perantaraan.
c) Penerimaan wahyu melalui perantaraan malaikat jibail. Wahyu jenis ini dapat dibahagikan kepada dua bentuk :

i. Pertama : Nabi dapat melihat malaikat jibarail dalam rupa betuknya yang asli. Contohnya : ketika Nabi keluar daripada rumahnya selepas kerinduan lama terputus wahyu, selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’. Apabila melihat malaikat Jibaril yang begitu besar Nabi ketakutan dan pulang semula kerumahnya dan berselimut. Dengan itu turunlah ayat Surah Al-Muddathir. Sebagai firman Allah :


Yang bermaksud : “ Wahai orang Yang berselimut! 2. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). 3. Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
Kedua : malaikat jibarail menemui nabi dengan menyamar atau menyerupai bentuk manusia biasa. Contohnya : sewaktu nabi bersama sahabat dalam satu majlis kemudian malaikat Jibrail datang dengan berpakaian serba putih dan bertanya Nabi dengan cara menyoal tentang iman, islam dan ihsan.
ii. Nabi tidak dapat melihat malaikat jibarail menerima wahyu, tetapi baginda hanya mendengar dan dapat mengetahui kedatangan malaikat Jibrail melalui suara seperti suara lebah atau bunyi loceng. Wahyu yang diterima dalam bentuk ini merupakan yang paling berat bagi Nabi sehinga kekadang baginda mengeluarkan peluh yang banyak, walaupun keadaan cuaca yang sejuk.




2. Penurunan wahyu dengan erti al-muuha bih

Wahyu jenis ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu :
a. Al-Qur’an
b. Hadis


Walaupun pada dasarnya hadis adalah ucapan nabi, namun ia sebenarnya adalah wahyu daripada Allah. Maknanya daripada allah Cuma dituturkan oleh Nabi melalui susunan bahasa baginda sendiri. Sebagaimana firman Allah S.W.T:



Yang bermksud : “ Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. 4. Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya.”






DIBUAT OLEH : ABDUL MUTI’E BIN MAHMUD ( 3420 )
: AHMAD FAISAL BIN ABU SAMAH ( 3573 )

"Pendapat-pendapat lain mengenai nama-nama Al-Quran"

 Berkata Abul Ma'ali 'uzizi bin Abdul Malik di dalam kitab Al-Burhan, bahawa nama-nama Al-Quran terdapat 55 nama di antaranya:


o Al-Mubiin- jelas dan terang.

o Hudan / Rahmah- petunjuk dan rahmat.

o As-Syifa'- pengubat atau penyembuh.

o 'Adla- keadilan.

o 'Aziz- kemuliaan/keizzahan.





"Nama-nama lain bagi surah-surah di dalam Al-Quran"

Terdapat beberapa nama lain bagi surah-surah dalam Al-Quran,diantaranya:


 Surah Al-Fatihah- ummul quran/sab'ul masani/ummul kitab dan lain-lain.

 Al-Anfal- Badar.

 Baraah- At-taubah/surah al-'azab/al-maqasyqasyah.

 An-Nahlu- An-ni'mu.

 An-Namlu- surah sulaiman.

 Muhammad-surah Al-Qital.



DIBUAT OLEH : AHMAD REMI BIN AROF ( )

Al-Makki Dan Al-Madani

PENDAHULUAN


Apabila diteliti dan dikaji ayat-ayat yang diturunkan dan ayat-ayat Quran ia mengandungi kreateria tertentu yang mana ia kadang kala disesuaikan dengan metod dakwah yang dibawa. Justeru itu, ayat al-Quran yang diturnkan itu terlibat dengan Makki dan Maddani. Namun begitu,terdapat juga dalam ayat-ayat tertentu yang bercampur di antara Makki dengan Maddani atau ayat yang diturunkan diluar daripada Mekah dan Madinah.
Pengetahuan dan kajian tentang ayat Makki dan Madani itu amat penting untuk mengesan metod dakwah serta peringkat dakwah Rasullullah, sama ada untuk masyarakat Arab Mekah atau Madinah atau masyarakat setempat atau orang kafir Musyrik atau Ahli Kitab dan Mukmin seluruhnya. Konteks lain juga, penelitian tentang Makki dan Madani dapat memberi pengetahuan kepada kita bahawa dakwah yang disampaikan oleh Rasullulah melalui peneurunan ayat al-Quran adalah begitu teliti. Kajian itu meliputi mengenai tempat turunnya ayat dan waktunya. Keadaan tersebut dapat difahami melalui kata-kata Ibnu Mas’ud :


والله الذي لا اله غيره ، ما نزل تسورة من كتاب الله الأ وأنا اعلم اين نزلت ؟ ولا نزلت اية من كتاب الله لا وأنا اعلم فيهم نزلت؟ ولو اعلم ان احد اعلم منى بكتابه الله تبلغه الابل لركبت اليه.


Terjemahannya : Demi Allah yang tiada tuhan selain Dia. Setiap surah yang diturunkan daripada al-Quran, aku mengetahui dimana surah itu diturunkan. Dan tiada satupun daripada ayat dalam Kitab Allah, melainkan aku pasti mengetahui tentang ayat yang diturunkan itu. Sekiranya aku mengetahui terdapat seseorang yang lebih mengetahui daripadaku tentang Kitab Allah, dan seandainya aku masih dapat sampai kepadanya dengan untaku, nescaya aku pasti akan menunggangnya ke sana.
Oleh sebab itu, apabila seseorang itu mengkaji dan meneliti ayat-ayat al-Quran , pasti ia akan dapati kreteria ayat-ayat Makkah dan Madani adalah berbeza, sama ada dari sudut gaya bahasanya, irama juga maknanya. Contohnya, ayat yang diturunkan di Mekkah sewaktu masyarakat Arab Jahiliyyyah masih bergelumang dengan amalan penyembahan berhala serta untuk pembentukkan akidah mereka. Untuk itu, ayat yang diturunkan di Mekah dengan gaya bahasa yang tegas dan keras untuk membantah kepercayaan mereka terhadap berhala. Seterusnya al-Quran menarik mereka kepada tauhid dan megEsakan Allah dengan membawa ancaman neraka serta peringatan terhadap segala pendustaan. Antara lain juga, kerana masyarakat Arab Mekah waktu itu memiliki kefasihan dan bahasa Arab yang tinggi.seperti untuk menurunkan untuk mencela dan membantah masyarakat Arab Jahiliyah yang mengingkari kehidupan sesudah mati dan hari Akhirat. Sebagaimana firman Allah :



Terjemahan : "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, Adakah kita akan dibangkitkan hidup semula?
Surah al-saffat ayat 16
Apabila diteliti ayat Madani pula ia membawa kreteria lain, contohnya ayat Madani diturunkan umumnya dalam bentuk yang panjang, membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan hokum-hakam, seruan berjihad, bentuk dialog dengan Ahli Kitab, keadaan orang Munafik, pembentukan masyarakat, hubungan antara individu dan masyarakat seluruhnya. Hal tersebut kerana, pada masa itu masyarakat ummat Islam telah terbentuk dalam bentu Jama’ah, sudah beriman dengan segala rukun Iman serta akidah mereka telahpun teruji di dalam menentang golongan Musyrik, sanggup berkorban apa saja demi Agama Allah dan berhijrah.
Sebagai rumusannya, kajian dan penelitian ulama’ berkaitan dengan ayat Makki dan madani dengan mengikuti keadaan berikut, iaitu :
a. Berkaitan dengan urutan turunnya ayat di Mekah dan di Madinah.
b. turunnya ayat di Mekah, namun hukumnya adalah Madani atau sebaliknya.
c. Ayat yang diturunkan di Mekah berkaitan dengan penduduk madinah atau sebaliknya.
d. Ayat Makki, namun di dalamnya ada ayat Madani atau sebaliknya.
e. Ayat yang diturunkan di luar Mekah dan di luar Madinah, seperti Juhfah, Baitul Maqdis,
Tai’f dan Hudaibah.
f. Ayat yang diturunkan pada waktu malam dan siang.
g. Ayat yang diturunkan musim panas, sejuk, di rumah dan ketika bermusafir.
h. Ayat Madani dan surah Makki serta ayat Makki dalam surah Madani.
i. Ayat yang dibawa daripada Mekah ke Madinah dan ayat dibawa dari Madinah ke Mekah.


PENGERTIAN MAKKI DAN MADANI

Secara umumnya, Makki dan Madani ialah ilmu yang membicarakan tentang ayat-ayat serta surah-surah yang diturunkan di Mekkah dan di Madinah serta sekitarnya. Secara lebih khusus, ulama’ berbeza pendapat dalam membuat penentuan dan pengertian antara ayat-ayat Makki dengan Madini. Oleh itu ulama’ telah membahagikannya kepada tiga bahagian :
1. Pembahagian dari sudut masa.
2. Pembahagian dari sudut tempat.
3. Pembahagian dari sudut tumpuan penurunan.

PEMBAHAGIAN DARI SUDUT MASA

Ulama’ golongan ini mengatakan surah dan ayat yang diturunkan sebelum Hijrah dinamakan ayat Makki, manakala surah serta ayat yang diturunkan selepas Hijrah pula dinamakan ayat Madani.
Mengikut pendapat di atas, penumpuan kepada masa meliputi ayat yang diturunkan di Mekah dan Madinah, asalkan berlaku sebelum Hijrah tetap dinamakan ayat-ayat Makki. Manakala ayat yang diturunkan selepas Hijrah, tanpa mengira tempat, baik di Mekah, Madinah atau di mana sahaja dikira ayat Madani.
Pendapat golongan ini merupakan pendapat yang mashur dan juga pendapat yang diiktiraf oleh jumhur ulama’, kerana ia dikira meneluruh dan tepat dengan merangkumi ayat-ayat al-Quran yang diturunkan kepada Nabi. Antara lain juga, pembahagian itu dibuat secara umum dengan tidak ada sebarang pencanggahan. Untuk itu, pendapat golongan pertama ini membuat pembahagian Makki dan Madani berasaskan kepada masa atau tempoh penurunan sesuatu ayat. Pendapat tersebut telah disokong oleh Imam al-Bukhari di dalam kitabnya yang bernama : Tarikh al-Tasyri’ dengan menyatakan : Penurunan al-Quran dibahagikan kepada dua masa, iaitu :
a. Masa sebelum Hijrah selama 12 tahun, 5 bulan dan 13 hari. Bermula 17hb. Ramadhan, 41 tahun usia Nabi hingga awal Rabiul Awal 54tahun usia Nabi. Semua ayat yang diturunkan di dalam jarak masa tersebut adalah Makki, yang meliputi hamper 19 Juz daripada al-Quran.
b. Masa selepas hijrah, selama 9 tahun,9 bulan dan 9 hari. Bermula awal bulan Rabiul Awal 54 tahun usia Nabi hingga 9 Zulhijjah 63 tahun usia Nabi. Semua ayat yang diturunkan dalam jarak masa tersebut dinamakan Madani, yang meliputi 11 juz daripada al-Quran.
Bertolak dari situ, mengikut pendapat ulama’ golongan pertama ini, ayat 3 di dalam Surah al-Ma’idah dikira Madani, walaupun ia turun di Padang ‘Arafah pada tahun Hijjatul Wada’. Selepas Hijrah, iaiti firman Allah S.W.T :



Terjemahannya : Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah al-Madidah ayat 3
Dalam konteks lain juga, semua ayat yang diturunkan selepas Hijrah ketika nabi bermusafir dan ayat-ayat diturunkan di Bandar, seperti ayat permulaan dalam Surah Al-Anfal adalah Madani. Justeru itilah menyebabkan pendapat golongan pertama ini adalah sebagai pembahagian yang komprehensif dengan memasukkan kesemua ayat al-Quran kedalam pembahagian Makki dan Madani.
PEMBAHAGIAN DARI SUDUT TEMPAT
Pendapat ulama’ golongan kedua mengatakan surah dan ayat yang diturunkan di Mekah dikatakan ayat Makki dan ayat yang diturunkan di Madinah, adalah ayat Madani.
Pendapat golongan kedua ini adalah dinilai dari sudut tempat turunnya ayat. Semua ayat dan surah yang diturunkan di Mekah dan daerah sekitarnya seperti : Arafah, Hudaibiyah, dan Mina dinamakan ayat Makki, walaupun ia diturunkan selepas Hijrah. Manakala semua ayat serta surah yang diturunkan di Madinah dan daerah sekitarnya seperti : Bandar, Quba, dan Uhud adalah ayat Madani, biarpun ia diturunkan selepas Hijrah.
Pendapat golongan kedua ini dikira tidak tepat, kerana ia tidak Jami’ Mani’, iaitu tidak meliputi dan tidak menyeluruh, kerana ada juga ayat yang tidak diturunkan di Madinah, contohnya : Ada ayat yang diturunkan sewaktu Nabi bermusaffir, ketika Nabi berada di Tabuk dan sebagainya. Dalam konteks lain juga, pendapat kedua ini adalah berdasarkan tempat dan mengambil kira tempat ayat itu diturunkan.
Oleh sebab itu pendapat kedua ini disangkal, kerana tidak merangkumi semua ayat al-Quran yang diturunkan kepada Nabi, iaitu seperti ayat yang tidak diturunkan di Mekah dan tidak di Madinah serta tidak di kawasan sekitar keduanya. Contohnya ialah :
1. Firman Allah di dalam Surah al-Taubah :


Terjemahannya : Kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
Surah al-Taubah ayat 42
Dimana ayat tersebut diturunkan di Tabuk.
Justeru itu berdasarkan bukti tersebut menunjukkan pendapat kedua tersebut adalah tidak tepat, dimana berdasarkan pengertian dan pembahagian yang mereka berikan itu menyebabkan ada ayat-ayat yang tidak termasuk di dalam mana-mana bahagian.




PEMBAHGIAN DARI SUDUT TUMPUAN PENURUNAN

Pendapat ulama’ golongan ketiga pula mengatakan ayat serta surah yang diturunkan dengan tujuan atau tumpuan atau Khitab kepada penduduk Mekah dikatakan ayat Makki, manakala ayat dan surah yang ditunjukkan atau Khitab kepada penduduk Madinah pula dikatakan ayat Madani.
Dalam erti kata lain, pendapat golongan ketiga ini dinilai dari sudut tumpuan penurunan dan tujuan arahnya. Ayat Khitabnya ditunjukkan kepada penduduk Mekah dikatakan ayat Makki dan ayat yang Khitabnya ditujukan kepda penduduk Madinah dinamakan ayat Madani. Menurut pendapat ketiga, ayat Makki biasanya menngunakan lafaz ياأيها الناس wahai sekalian manusia dan ayat Madani pula dimulakan dengan ياأيها الذين امنوا wahai orang yang beriman.
CIRI-CIRI PENGENALAN AYAT MAKKI DAN MADANI
Sebenarnya kita tidak dapat mengenali ayat-ayat Makki dan Madani atau tidak ada cara lain untuk mengetahui Makki dan Madani. Kecualilah dengan penjelasan yang dibuat oleh para Sahabat dan Tabi’in. Hal tersebut kerana Naabi tidak pernah menjelaskan dan tidak menyatakan mengenai persoalan itu semasa hayat Baginda.
Antara faktor yang ketara isalah kerana umat Islam pada masa hayat Nabi tidak perlu kepada penjelasan dan pembahagian Makki, Madani, tempat, masa dan sebab wahyu diturunkan oleh Allah. Di mana para sahabat menyaksikan sendiri wahyu diturunkan kepada Baginda.
Biarpun ilimu yang berkaitan dengan Makki dan Madani diketahui menerusi penjelasan para sahabat dan tabi’in, namun begitu pada umumnya, ulama’ telah menetapkan terdapat ciri-ciri tertentu untuk mengetahui atau mengenali ayat Makki dan ayat Madani. Ciri tersebut dapat dibahagikan dua, iaitu

1. Ciri-Ciri Khusus Ayat Makki
2. Ciri-Ciri Khusus ayat Madani





CIRI-CIRI KHUSUS AYAT MAKKI CIRI-CIRI KHUSUS AYAT MADANI
1. Bersifat Qati’
Dapat dibahagikan kepada 6 bentuk :
1. Setiap surah yang terdapat dalam ayat Sajdah merupakan surah Makki. Ulama’ sepakat menetapkan sebanyak 16 tempat ayat Sajdah di dalam Quran.
2. Setiap surah dalam al-Quran yang menceritakan tentang kisah atau sejarah para nabi dan rasul terdahulu serta kisah umat terdahulu adalah Makki, kecuali Surah al-Baqarah sahaja.
3. Setiap surah yang terdapat di dalamnya lafaz Kalla adalah Makki. Di dalam al-Quran, lafaz itu disebut sebanyak 33 kali di dalam 15 surah, di mana surah-surah itu terletak di dalam bahagian separuh terakhir daripada al-Quran.
4.Setiap surah yang terdapat dalamnya kisah Nabi Adam dan Iblis adalah Makki, kecuali Surah al-Baqarah.
5. Setiap surah yang terdapat di dalamnya ayat yang menyatakan dan menggunakan ungkapan atau lafaz wahai sekalian manusia ياأيها الناس
Kecuali ayat 77 di dalam Surah al-Hajj adalah ayat Makki dan ayat tersebut juga termasuk dalam ayat Sajdah.
6. Setiap surah yang dimulakan dengan huruf-hurufsingkatan atau huruf al-Tahajji adalah Makki. Contohnya: Alif Lam Mim dan Alif Lam Ra
Kecuali di dalam surah al-Baqarah dan Ali-Imran, yang mana kedua-dua surah ini telah disepakati oleh ulama’ sebagai Surah Madani. Namun pon begitu, berkaitan Surah al-Ra’d ulama’ masih berselisih pendapat samaada ia Makki atau Madani. 1. Bersifat Qati’
Antaranya ialah :
1. Ayat yang menerangkan keizinan berperang, berjihad serta peraturan perang dan berkaitan dengan hukum jihad adalah Madani.
2. Menceritakan tentang dialog dengan Ahli Kitab juga mengajak mereka memeluk dan menerima Islam adalah Madani.
3. Surah dan ayat yang menghentam dan menyatakan tentang orang munafik adalah Madani, kecuali surah al-Ankabut. Dimana ulama’ telah sepakat mengatakan Surah al-Ankabut adalah Surah Makki, melainkan 11 ayat pertama surah tersebut sahaja Madani, iaitu ia membicarakan tentang munafik.
4. Setiap surah yang mengandungi dan membicarakan tentang hokum jenayah, hudud, hokum yang berkaitan dengan Fara’id, civil, kemasyarakatan dan Negara adalah Madani.
2. Bersifat Aghlabi
Ciri berasaskan bahasa dan tema seperti berikut:
1.Ayat yang menerangkan tentang aqidah yang benar, mengajak kepada tauhid, beribadat dan menggesa supaya menjauhkan diri daripada syirik terhadap Allah S.W.T. adalah Makki.
2.Menggesa manusia meneliti bukti kejadian, ayat Kauniyah, kekuasaan Allah, pengukuhan aqidah, menyeru kepada beriman kepada Allah S.W.T . Hari Akhirat juga menceritakan keadaan syurga dan neraka adalah Makki.
3. Membicarakan dan mencela perbuatan buruk masyarakat Arab Jahiliyah seperti : suka bunuh-membunuh, menanam atau membunuh anak perempuan hidup-hidup adalah Makki.
4. Ayat dan sukukata yang berbentuk pendek, ringkas dan padat serta nadanya berbentuk keras adalah Makki.
5.Ayat dan surah yang tedapat dalam banyak lafazsumpah adalah Makki.
6. Perletakkan dasar umum dalam perundangan.
7. Menyebut kisah para Nabi dan umat terdahulu sebagai pengajaran dan menyatakan nasib orang yang mendustakan agama. Antara lain ia sebagai hiburan untuk Nabi dan menghadapi rintangan.
8. Setiap atau kebanyakkan Surah al-Muffasal adalah Surah Makki. Surah al-Mufassal ialah surah-surah yang ada dibahagian akhir al-Quran, iaitu yang bermula daripada Surah al-Hujurat hingga akhir. 2. Bersifat Aghlabi
Ciri berasaskan bahasa dan tema seperti berikut:
1. Ayat panjang-panjang dan member penjelasan serta keterangan yang terperinci adalah Madani, kecuali surah an-Nasr, al-Zalzalah, dan al-Baiyyinah.
2. Ayat dan surah yang menerangkan dengan terperinci bukti-bukti yang menunjukkan hakikat tentang keagamaan adalah Madani.
3. Menjelaskan tentang ibadat,muamalat, kekeluargaan, social, jihad dan hubungan antarabangsa.
4. Ayat yang dimulakan dengan ياأيها الذين امنوا Wahai orang yang beriman , kecuali surah al-Hajj.


FAEDAH MEMPELAJARI MAKKI DAN MADANI

Mempelajari dan mengetahui ilmu mengenai Makki dan Madani dapat memberI faedah yang besar, antaranya :
1. Dapat mengetahui dan membezakan antara ayat nasikh dan mansukh.
2. Dapat mengetahui sejarah perundangan Islam serta perkembangan al-Quran itu sendiri.
3. Dapat menambah keyakinan serta mengukuh pegangan kita tentang keaslian aal-Quran dan kesuciannya.
4.Untuk mengetahui dan menghargai bertapa gigih dan tekunnya ulama’ dan mujtahid untuk mengekalkan kesucian dan keaslian al-Quran daripada ditokok tambah.
5. Sebagai salah satu syarat utama kepada ahli tafsir dan mujtahid untuk mentafsir al-Quran dan mengithbatkan hukum daripadanya.


DIBUAT OLEH : AMAR BIN ABDUL RAHMAN ( 3357 )
: AMIRUL BIN HAMZAH ( 3417 )

"Mengenali Ayat-ayat Makkiah dalam Al-Quran"

1- Setiap surah di dalamnya terdapat lafaz ( كلا) .

2- Setiap surah di dalamnya terdapat ayat as-sajadah.

3- Setiap surah di dalamnya terdapat ayat يأيها الناس ) ) kecuali surah Al-hajj.

4- Setiap surah di dalamnya menceritakan tentang kisah nabi-nabi dan umat-umat yang terdahulu kecuali surah Al-baqarah.

5- Setiap surah pada pembukaannya dimulakan dengan huruf Hijaiah seperti الم ) ) kecuali surah Al-baqarah,Ali-imran dan juga berlaku khilaf pada surah Ar-ra'd.

6- Setiap surah di dalamnya menceritakan kisah tentang nabi Adam A.S dan iblis kecuali surah Al-baqarah.


"Kepentingan ayat-ayat Makkiah"

• Menyeru kearah mentauhidkan Allah,beribadat kepadanya,meninggalkan menyembah berhala.

• Beriman pada utusan-utusan Allah,percaya pada hari kebangkitan dan pembalasan,mengingati hari qiamat,percaya pada Syurga dan nikmatnya serta Neraka dan azabnya.

• Kelebihan akhlak,asas-asas hokum syarak serta kisah-kisah nabi-nabi dan umat-umat yang terdahulu dan banyak lagi.



"Mengenali Ayat-ayat Madaniah dalam Al-Quran"


1- Setiap surah di dalamnya menceritakan tentang hukum-hukum dan hudud.

2- Setiap surah di dalamnya menyebut tentang golongan-golongan munafiqin.

3- Setiap surah terdapat cerita-cerita tentang ahli kitab.



"Kepentingan Ayat-ayat Madaniah"

• Menerangkan tentang hal-hal ibadat,muamalat dan hudud.

• Sistem kekeluargaan,waris dan kepentingan jihad serta hubungan masyarakat.

• Tentang kedaulatan dan keamanan Negara, peperangan serta masalah-masalah mengenai syariat dan banyak lagi.



DIBUAT OLEH : MOHD HAFIZ BIN MOHD SALLEH (3486)

AYAT PERTAMA DAN AYAT YANG TERAKHIR DITURUNKAN

Bahagian ini membahaskan tentang ayat pertama yang diturunkan serta ayat yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah s.a.w serta pendapat ulama dan hujah mereka. Untuk itu, bahagian ini dibahagikan kepada dua bahagian:
1. Ayat Pertama Diturunkan
2. Ayat Terakhir Diturunkan
Ayat Pertama Diturunkan
Ulama berselisih pendapat tentang ayat pertama atau ayat yang mula-mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. Manna’ al-Qattan di dalam kitabnya (مباحث فى علوم القرآن), telah menyatakan terdapat empat pendapat ulama tentang ayat pertama yang diturunkan. Pendapat ulama adalah sebagaimana:
Pendapat pertama: Ayat yang mula-mula diturunkan ialah ayat 1 hingga 5 surah al-Alaq. Ayat tersebut ialah sebagaimana firman Allah:




Terjemahan: 1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), 2. ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; 3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, 4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, 5. ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

Pendapat pertama ini adalah berdasarkan hadis:
i. Berpandukan hadis daripada Aisyah yang telah diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim:


أول ما بدئ به رسول الله صلى الله عليه وسلم من الوي الرؤيا الصادقة في النوم, فكان لا يرى رؤيا إلا جاءت مثل فلق الصبح. ثم حبب اليه الخلاء. فكان لايأتى حراء فيتحنث فيه الليالى ذوات العدد ويتزود لذالك. ثم يرجع الى خديجة رضى الله عنها. فتزوده لمثلها. حتى فأجأه الحق وهو فى غار حراء. فجأه الملك فيه فقال: إقرأ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقلت : ما انا بقارئ. فأخذاني ففطنى حتى بلغ منى الجهد، ثم أرسلني فقال: إقرأ, فقلت : ما أنا بقارئ. ففطنى الثانية حتى بلغ منى الجهاد. ثم ارسلنى , فقال: أقرأ، فقلت ما أنا بقرئ. ففطنى الثالثة حتى بلغ منى الجهد ثم الرسلنى , فقال :



Terjemahannya: permulaan wahyu yang diterima oleh Rasulullah s.a.w ialah mimpi yang benar dalam tidur. Setiap kali bermimpi Baginda melihat ada yang datang bagaikan cahaya yang terang di pagi hari. Kemudian baginda gemar mengasingkan diri. Ia pergi ke Gua Hira’ bertahannuth beberapa malam, dengan membawa bekalan. Kemudian ia kembali ke rumah Khadijah dan Khadijah pun membekalkan makanan seperti biasa. Sehingga akhirnya datanglah kebenaran kepadanya ketika ia berada di Gua Hira’ itu. Jibril datang kepadanya dan berkata: Bacalah, Rasulullah menjawab kepadanya: Aku tidak pandai membaca. “ lalu Jibtil merangkul dan memelukku sehingga aku merasa kepayahan, kemudian dia melepaskan aku, lalu katanya: bacalah, aku menjawab: Aku tidak pandai membaca. Lalu dia merangkul dan memelukku untuk kali keduanya, sehingga aku merasa kepayahan, kemudian ia melepaskan aku, lalu katanya: bacalah, aku menjawab: Aku tidak pandai membaca. Lalu dia merangkul dan memelukku untuk kali ketiganya sehingga aku merasa kepayahan. kemudian ia melepaskan aku, lalu katanya: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama TuhanMu yang menciptakan (sekelian makhluk)….apa yang diketahuinya.
ii Hadis yang diriwayat oleh al-Baihaqi al-Hakim dalam kitabnya al-Mustadrak.
Hadis daripada Aisyah katanya yang bermaksud: permulaan ayat yang diturunkan ialah surah al-‘Alaq ayat 1 hingga 5
Pendapat pertama ini merupakan pendapat yang rajih. Pendapat ini juga disokong oleh al-Zarkasyi sebagaimana yang dinyatakan dalam kitabnya al-Burhan Fi Ulum al-Quran, dimana hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah di atas jelas memberi penegasan tentang penurunan yang pertama secara mutlak.




Pendapat Kedua: pendapat kedua pula mengatakan yang pertama diturunkan ialah permulaan surah al- Muddaththir. Iaitu(يآءيها المدثر) Wahai orang yang berselimut. Pendapat ini berdasarkan hadis sebagaimana berikut:
i. Hadis daripada Abu Salamah Ibn Abd Al-Rahman yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, di mana Abu Salamah berkata yang bermaksud : Saya pernah bertanya kepada Jabir bin Abdullah, manakah ayat al-Quran yang sebelumnya? Beliau menjawab : (يآءيها المدثر) (wahai orang yang berselimut). Saya bertanya lagi: ataukah

bacalah dengan nama Tuhanmu ? Beliau menjawab : Saya memberitahu kamu apa yang telah Rasulullah beritahu kepada kami. Sebagaimana sabda baginda:


إني جاورت بحراء , فلما قضيت بجوارى نزلت فاستبطنت الوادى.فنظرت أمامي وخلفى وعن يمينى وشمالى , ثم نظرت الى السماء فإذا هو يعنى جبريل فأخذتنى رجفة , فأتيت خديجة , فأمرتهم فدثروني فأنزل الله (يآءيها المدثر)






Terjemahan: "sesungguhnya aku mengasingkan diri di Gua Hira'. Setelah menyelesaikan masa pengasinganku itu, aku turun dan menyusuri ke lembah. Aku memandang ke hadapan, ke belakang, ke kanan dan kiri. Kemudian aku memandang kearah langit, tiba-tiba aku melihat Jibril sehingga merasa gementar dan amat menakutkan aku. Lalu aku pulang menemui Khadijah dan aku menyuruh mereka supaya menyelimutku, lalu aku diselimuti. Maka Allah menurunkan ayat(يآءيها المدثر) Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada manusia).

ii Hadis lain daripada Abu Salamah daripada Jabir yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
" Aku mendengar Rasulullah ketika ketika baginda berbicara tentang
terputusnya wahyu. Kata baginda dalam bicara tersebut: ' ketika aku berjalan, aku mendengar suara dari langit. Lalu aku mendongak kepalaku, tiba-tiba aku melihat malaikat yang pernah datang kepadaku sewaktu di Gua Hira' berada di atas kerusi di antara langit dan bumi, lalu aku pulang dan aku katakan: selimutlah daku, maka mereka menyelimuti aku. Maka Allah menurunkan:( wahai orang yang berselimut) (يآءيها المدثر) "

iii Hadis lain yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir yang mana sanadnya daripada Yahya, yang berkata, " Permulaan surah al-Quran yang diturunkan ialah surah al-Muddathir".
Berkaitan dengan ketiga-tiga hadis tersebut di atas yang dijadikan hujah oleh pendapat kedua, bahawa yang pertama diturunkan ialah (يآءيها المدثر) . Ulama pendapat pertama telah menyangkalnya dengan membawa hujah dan alasan mereka:
Pertama : Mengenai hadis daripada Abu Salamah daripada Jabir tersebut di atas, dapat di jelaskan di sini yang mana pertanyaan Abu Salamah yang di jawab oleh Jabir tersebut menjelaskan tentang penurunan surah pertama secara sepenuhnya. Untuk itu, Jabir menjelaskannya bahawa surah al-Muddathir yang telah diturunkan secara penuh. Pendapat ini dijelaskan oleh Zarkasyi dalam kitabnya al-Burhan Fi Ulum al-Quran, di mana hadis daripada Jabir tersebut menegaskan tentang mula-mula penurunan wahyu selepas terputusnya wahyu, iaitu selepas surah al-'Alaq.
Pendapat Kedua : Hal itu juga diperhatikan berdasar hadis ketiga di atas yang diriwayatkan oleh Jabir yang mana beliau mengatakan nabi pernah bercakap tentang putusnya wahyu. Hal ini menunjukkan bahawa sebelumnya telah ada wahyu lain yang diturunkan, maka tentulah surah al-'Alaq yang pertama diturunkan. Hadis itu juga jelas menunujukkan peristiwa tersebut berlaku selepas peristiwa di Gua Hira'. Ia menunjukkan bahawa surah al-Muddathir merupakan surah pertama yang diturunkan secara lengkap dan yang pertama diturunkan selepas terputusnya wahyu atau selepas surah al-'Alaq atau Iqra'.
Ulasan dan rumusan : Sebenarnya hadis-hadis tersebut bukanlah menunujuk penurunan yang pertama, tetapi ia menjelaskan berkaitan turunnya surah secara lengkap. Juteru itu, memanglah surah al-Muddathir yang diturunkan secara lengkap. Sedangkan surah al-'Alaq adalah yang pertama diturunkan secara mutlak, namun ia diturunkan permulaannya saja, iaitu tidak lengkap.
Perselisihan ulama di atas tentang yang pertama diturunkan mungkin perselisihan dari segi maksud. Justeru itu setengah ahli tafsir mengatakan surah al-'Alaq adalah yang pertama diturunkan mengenai pelantikan kenabian, manakala surah al-Muddathir itu adalah yang pertama diturunkan mengenai perintah berdakwah atau menyebar dan memberi peringatan keada manusia.
Pendapat ketiga : Pendapat ketiga mengatakan yang pertama diturunkan ialah surah al-Fatihah.
Berkaitan dengan pendapat ketiga ini pula, ulama pendapat pertama membuat ulasan di mana ia di maksudkan juga, dan bukan yang pertama diturunkan secara mutlak. Antara lain juga, hadis yang dijadikan hujah oleh pendapat ketiga tersebut adalah hadis mursal.



Pendapat keempat: Pendapat ini mengatakan ayat yang pertama diturunkan ialah بسم الله الر حمن الرحيم Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Pendapat ini berdasarkan hadis.
i Hadis dari al-Wahidi yang mana sanadnya dari Ikrimah dan al-Hasan, di mana kedua-duanya telah berkata yang bermaksud : " Permulaan daripada ayat al-Quran yang diturunkan ialah, بسم الله الر حمن الرحيم dan permulaan surah yang diturunkan ialah اقرأ بسم ربك الذى خلق.
ii Berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Jarir sanadnya daripada al-Dahhak daripada Ibn Abbas yang beliau berkata dengan maksudnya: Permulaan yang diturunkan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad ialah Jibril berkata : Hai Muhammad, berlindunglah kepada Allah dan katakanlah: (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.) بسم الله الر حمن الرحيم.
Imam al-Sayuti berpendapat di mana hujah dan pendapat keempat itu tidak boleh dijadikan hujah kukuh untuk menunjukkan ayat dan surah pertama yang diturunkan, kerana بسم الله “dengan nama Allah” sememangnya sudah secara mutlak, bukan ia menunjukkan surah atau ayat pertama diturunkan dalam konteks ini. Antara lain juga, ulama mengatakan hadis tersebut yang dijadikan hujah adalah hadis mursal.


ULASAN PENDAPAT ULAMA
Berdasarkan pendapat yang berbeza tersebut, ulama membuat rumusan untuk mengimbangi semua pendapat tersebut, tentang yang dipersilihkan bahawa yang pertama diturunkan sebagai berikut:
1) Surah al-'Alaq merupakan surah yang pertama diturunkan dan ia berikutan dengan skop berikut:
a. Beberapa ayat permulaannya adalah yang pertama diturunkan.
b. Ia merupakan penurunan pertama berkaitan kenabian.
c. Ia diturunkan tanpa seseatu sebab yang mendahuluinya.
2) Surah al-Mudathir dikatakan surah pertama diturunkan yang berkaitan dengan skop berikut:
a. Surah al-Mudathir surah pertama diturunkan setelah putus wahyu atau fatrah al-wahyu.
b. Ia merupakan surah pertama berkaitan kerasulan dan suruhan menyebarkan atau menyampaikan dakwah.
c. Penurunannya kerana sesuatu sebab yang mendahuluinya.

3) Surah al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan dalam bentuk yang lengkap.
4) بسم الله Dengan nama Allah merupakan ayat pertama dan yang pertama perlu diturunkan sebelum sesuatu surah diturunkan.












Ayat Terakhir Diturunkan
Tentang ayat terakhir yang diturunkan ada berbagai pendapat ulama tentangnya. Menurut pendapat Imam al-Sayuti ada enam pendapat ulama tentang ayat terakhir diturunkan, pendapat ulama tersebut sebagaimana berikut:
a) Pendapat Pertama : ayat terakhir diturunkan ialah firman Allah:




Terjemahan : Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) Yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa Yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
Surah Baqarah:281
Pendapat pertama ini dengan berdasarkan hujah, iaitu:
i. Hadis daripada Ikrimah daripada Ibn Abbas yang telah diriwayatkan oleh al-Nasai' katakanya yang bermaksud : ayat yang terakhir diturunkan ialah ayat 281 Surah al-Baqarah.
ii. Hadis daripada Sa'id Ibn Jubair yang diriwayatkan oleh Ibn Abu Hatim katanya yang dimaksudkan : ayat al-Quran yang terakhir diturunkan ialah ayat 281 Surah al-Baqarah.
Inilah pendapat yang paling rajih yang dipilih oleh ulama yang diketuai oleh Imam al-Sayuti sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas yang ditakhrijkan oleh al-Nasai'. Iaitu selepas penurunan ayat tersebut, nabi hanya sempat hidup selama 9 malam sahaja dan wafat pada malam Isnin 3 Rabiul Awal 10 Hijrah.
b) Pendapat kedua: Pendapat ini mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah firman Allah:




Terjemahan: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.
Pendapat kedua ini adalah pendapat yang tidak tepat. Kerana ia diturunkan semasa nabi melakukan Haji Wida'. Iaitu baginda berada di Arafah. peristiwa tersebut berlaku pada 29 Zulhijjah tahun 10 Hijrah bersamaan bulan mac 632M. kerana nabi hidup selama 81 hari selepas penurunan wahyu tersebut. Manakala 9 malam sebelum kewafatan Baginda telah turun surah al-Baqarah ayat 281.




c) Pendapat Ketiga: pendapat ini mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah firman Allah:



Terjemahan: 278. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman.
(Surah al-Baqarah:278)
Pendapat ketiga ini dikatakan ayat terakhir dengan berdasarkan hujah, iaitu:
i. Sebagaimana hadis daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, di mana Ibn Abbas berkata yang bermaksud : ayat terakhir diturunkan ialah ayat riba. Ayat yang dimaksudkan itu ialah firman Allah:



Terjemahan: 278. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman.
(Surah al-Baqarah:278)
ii. Hadis daripada Umar yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majah, beliau berkata yang bermaksud : Di antara yang terakhir diturunkan ialah ayat riba. Ayat yang dimaksudkan ialah ayat 278 Surah al-Baqarah.
iii. Hadis daripada Abu Sa'id al-Khudri yang diriwayatkan oleh Ibn Mardawaih, beliau berkata yang bermaksud : Umar ada berbicara kepada kami dengan berkata : "Sesungguhnya di antara ayat al-Quran yang terakhir diturunkan ialah ayat riba". Iaitu ayat 278 Surah al-Baqarah.
d) Pendapat Keempat: Pendapat keempat mengatakan ayat yang terakhir diturunkan ialah Surah al-Baqarah ayat 282, sebagaimana firman Allah:

Terjemahan :282. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan Dengan hutang piutang Yang diberi tempoh hingga ke suatu masa Yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu.
(Surah al-Baqarah:278)
Pendapat keempat ini dengan berdasarkan dalil dan hujah, iaitu:
i. Hadis riwayat daripada Ibn. Jarir daripada Ibn Syihab daripada Sa'id Ibn Musayyab katanya yang bermaksud : sesungguhnya telah sampai kepadanya berita bahawa ayat al-Quran yang terakhir diturunkan dari 'Arasy ialah ayat al-Dain (Hutang Piutang)
Menurut pendapat Imam Sayuti, apabila diteliti dan dikaji berkaitan dengan pendapat ketiga dan keempat tersebut ayat yang mereka katakan terakhir diturunkan itu sebsnarnya tidak ada percanggahan dan tiada bertentangan. Hal tersebut kerana semua ayat tersebut walaupun berlainan ayat, namun kedua-duanya diturunkan secara berturut-turut dengan tertib ayat dan ia juga tersusun di dalam satu cerita.
e) Pendapat Kelima : Pendapat ini mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah ayat 176 Surah An-Nisa', Sebagaimana Firman Allah:


Terjemahan : Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di Dalam perkara Kalaalah itu,
(Surah An-Nisa': 176)
Pendapat ini dengan berdasarkan riwayat daripada Bukhari dan Muslim daripada al-Barra' Ibn. Azib yang berkata bermaksud : Ayat terakhir diturunkan iaitu ayat 176 Surah An-Nisa'
f) Pendapat Keenam : Penadapat ini pula mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah ayat 128 dan 129 surah al-Taubah. Iaitu firman Allah:



Terjemahan : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."
Pendapat ini dengan berdasarkan hujah dan dalil, iaitu:
i. Hadis riwayat oleh al-Hakim daripada Ubai Ibn. Ka'ab katanya yang bermaksud : ayat terakhir diturunkan ialah : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri… hingga akhir. Ia merupakan ayat yang terakhir diturunkan. Ia terletak dalam Surah al-Baqarah atau al-Taubah.



ii. Hadis riwayat oleh Imam Ahmad daripada Ubai Ibn. Ka'ab katanya yang bermaksud : Sesungguhnya Rasulullah membacakan dua ayat ini :


terletak dalam Surah al-Baqarah atau al-Taubah. Ia merupakan ayat yang terakhir diturunkan.











RUMUSAN PENDAPAT ULAMA
Daripada keenam-enam pendapat tersebut ulama membuat kesimpulan dan rumusan berikut:
a) Kesemua riwayat berikut adalah bersumber dan berasal daripada sahabat dan ia adalah hadis mauquf dan tidak ada satu pun hadis yang marfu' atau sampai kepada nabi.
b) Rasulullah sendiri tidak pernah memberitahu sesiapa daripada kalangan sahabatnya tentang ayat manakah yang terakhir diturunkan.
c) Semasa hayat Rasulullah, para sahabat menghafaz ayat-ayat al-Quran dan segelintir dari mereka hanya menulis ayat-ayat al-Quran pada lembaran kulit, tulang, batu, dan pelepah tamar tanpa membukukannya.Justeru itulah, terdapat kekeliruan dalam meriwayatkan hadis tersebut, khasnya berkaitan ayat terakhir diturunkan.



Oleh :MOHAMMAD REDZUAN BIN CHE MAN @ HARUN
Matrik : 3676