CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, February 25, 2009

Perbezaan Alquran dengan Hadis Qudsi

Ada beberapa perbezaan antara Alquran dengan hadis qudsi, dan yang terpenting adalah sebagai berikut.

BIL Al-QURAN

HADIS QUDSI
1 Alquran adalah kalam Allah yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. dengan lafaz-Nya, dan dengan itu pula orang Arab ditentang, tetapi mereka tidak mampu membuat seperti Al-quran itu, atau sepuluh surah yang serupa itu, bahkan satu surah sekalipun. Tentangan itu tetap berlaku, kerana Al-quran adalah mukjizat yang abadi hingga hari kiamat. Adapun hadis qudsi adalah kalam Allah tidak untuk menentang dan tidak pula untuk mukjizat.
2 Alquran hanya dinisbahkan kepada Allah, sehingga dikatakan Allah Taala berfirman. Adapun hadis qudsi, seperti telah dijelaskan di atas, terkadang diriwayatkan dengan disandarkan kepada Allah, sehingga nisbah hadis qudsi itu kepada Allah adalah nisbah dibuatkan. Maka dikatakan, Allah telah berfirman atau Allah berfirman. Dan terkadang pula diriwayatkan dengan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. tetapi nisbahnya adalah nisbah kabar, kerana Nabi menyampaikan hadis itu dari Allah. Maka, dikatakan Rasulullah s.a.w. mengatakan apa yang diriwayatkan dari Tuhannya.
3 Seluruh isi Alquran dinukil secara mutawatir, sehingga kepastiannya mutlak. Adapun hadis-hadis qudsi kebanyakan adalah khabar ahad, sehingga kepastiannya masih merupakan dugaan. Adakalanya hadis itu sahih, hasan, dan kadang-kadang dhaif.
4 DALIL :
Allah berfirman:




“Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu. DALIL :
Allah berfirman tentang malaikat,
“… padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ….” (Al-Baqarah: 30).
5 Membaca Alquran merupakan ibadah, kerana itu ia dibaca dalam solat.

“Maka, bacalah apa yang mudah bagimu dalam Alquran itu.” (Al-Muzamil: 20).
Nilai ibadah membaca Alquran juga terdapat dalam hadis,

“Barang siapa membaca satu huruf dari Alquran, dia akan memperoleh satu kebaikan. Dan, kebaikan itu akan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan alif laam miim itu satu huruf. Tetapi alif satu huruf, laam satu huruf, dan miim satu huruf.” (HR Tirmizi dan Ibnu Mas’ud). Adapun hadis qudsi tidak disuruh membacanya dalam solat. Allah memberikan pahala membaca hadis qudsi secara umum saja. Maka, membaca hadis qudsi tidak akan memperoleh pahala seperti yang disebutkan dalam hadis mengenai membaca Alquran bahawa pada setiap huruf mendapatkan sepuluh kebaikan.



HADIS NABAWI

Hadis nabawi itu ada dua bahagian:
( Pertama, tauqifi )
Yang bersifat tauqifi iaitu yang kandungannya diterima oleh Rasulullah s.a.w. dari wahyu. Lalu, ia menjelaskan kepada manusia dengan kata-katanya sendiri. Bahagian ini meskipun kandungannya dinisbahkan kepada Allah, tetapi dari segi pembicaraan lebih layak dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w., sebab kata-kata itu dinisbahkan kepada yang mengatakannya meskipun di dalamnya terdapat makna yang diterima dari pihak lain.
( Kedua, taufiqi )
Yang bersifat taufiqi iaitu yang disimpulkan oleh Rasulullah s.a.w. Menurut pemahamannya terhadap Alquran, kerana ia mempunyai tugas menjelaskan Alquran atau menyimpulkannya dengan pertimbangan dan ijtihad. Bahagian kesimpulan yang bersifat ijitihad ini diperkuat oleh wahyu jika ia benar. Dan, bila terdapat kesalahan di dalamnya, turunlah wahyu yang membetulkannya. Bahagian ini bukanlah kalam Allah secara pasti.
Dari sini, jelaslah bahawa hadis nabawi dengan kedua bahagiannya yang tauqifi atau yang taufiqi dengan ijtihad yang diakui dari wahyu itu bersumber dari wahyu. Inilah makna dari firman Allah tentang Rasul-Nya:

Maksudnya:
“Dia (Muhammad) tidak berbicara menurut hawa nafsunya. Apa yang diucapkannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diturunkan kepadanya.” (An-Najm: 3–4).



Perbezaan di antara hadith nabawi dan hadith qudsi :

BIL HADITH NABAWI HADITH QUDSI

1 DARI SEGI BAHASA :
Hadits (baru) dalam erti bahasa lawan dari kata qadim (lama). Dan, yang dimaksud hadis ialah setiap kata-kata yang diucapkan dan dinukil serta disampaikan oleh manusia, baik kata-kata itu diperoleh melalui pendengarannya mahupun wahyu; baik dalam keadaan jaga mahupun dalam keadaan tidu DARI SEGI BAHASA :
Hadis qudsi dinisbahkan kepada kata quds. Nisbah ini mengesankan rasa hormat kerana menunjukkan kebersihan dan kesucian dalam erti bahasa. Maka, kata taqdis bererti menyucikan Allah. Taqdis sama dengan tath-hir, dan taqaddasa sama dengan tathahhara (suci, bersih).
2 DARI SEGI ISTILAH :
Adapun menurut istilah, pengertian hadis ialah apa saja yang disandarkan kepada Nabi saw., baik berupa perkataan, perbuatan, persetujuan, mahupun sifat.
•Yang berupa perkataan seperti perkataan Nabi s.a.w.

“Sesungguhnya sahnya amal itu disertai dengan niat. Dan, setiap orang bergantung pada niatnya ….”(HR Bukhari).
•Yang berupa perbuatan ialah seperti ajarannya kepada para sahabat mengenai bagaimana cara mengerjakan solat, kemudian ia mengatakan:

“Solatlah seperti kamu melihat aku salat.” (HR Bukhari).
Juga, mengenai bagaimana ia melaksanakan ibadah haji, dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ambillah dariku manasik hajimu.” (HR Muslim).
• Adapun yang berupa persetujuan adalah seperti ia menyetujui suatu perkara yang dilakukan salah seorang sahabat, baik perkataan ataupun perbuatan; di hadapannya ataupun tidak, tetapi beritanya sampai kepadanya, seperti makanan biawak yang dihidangkan kepadanya. Dan, persetujuannya dalam satu riwayat, Rasulullah saw. mengutus orang dalam satu peperangan. Orang itu membaca suatu bacaan dalam solat yang diakhiri dengan:

Setelah pulang, mereka menyampaikan hal itu kepada Rasulullah s.a.w., lalu Rasulullah s.a.w. berkata:
(سلوه لأى شىء يصنع ذلك؟)
“Tanyakan kepadanya mengapa ia berbuat demikian?” Mereka pun menanyakan, dan orang itu menjawab, “Kalimat itu adalah sifat Allah dan aku senang membacanya.” Maka Rasulullah s.a.w. menjawab:
(أخبروه أن الله يحبه)
“Katakan kepadanya bahawa Allah pun menyenangi dia.” (HR Bukhari dan Muslim).
•Yang berupa sifat adalah riwayat seperti bahawa Rasulullah saw. selalu bermuka cerah, berperangai halus dan lembut, tidak keras dan tidak pula kasar, tidak suka berteriak keras, tidak pula berbicara kotor, dan tidak juga suka mencela. DARI SEGI ISTILAH :
Hadis qudsi adalah hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w. disandarkan kepada Allah. Maksudnya, Rasulullah saw. meriwayatkannya bahawa itu adalah kalam Allah. Maka, Rasulullah s.a.w. menjadi perawi kalam Allah ini dengan lafaz dari Rasulullah saw. sendiri. Bila seseorang meriwayatkan hadis qudsi, dia meriwayatkannya dari Allah dengan disandarkan kepada Allah dengan mengatakan, “Rasulullah saw. mengatakan mengenai apa yang diriwayatkannya dari Tuhannya,” atau ia mengatakan, “Rasulullah saw. mengatakan, ‘Allah Taala telah berfirman atau berfirman Allah Taala’.”
3 DALIL :


“Hadis (kata-kata) siapakah yang lebih benar selain dari pada Allah?” (An-Nisa: 87).
- Begitu pula yang terjadi pada manusia, di waktu tidurnya juga dinamakan hadis.

“… dan engkau telah mengajarkan kepadaku sebahagian takwil dari hadis-hadis (maksudnya mimpi).” (Yusuf: 101). DALIL :
Allah berfirman tentang malaikat,

“… padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ….” (Al-Baqarah: 30).
4 Al-hadith an-nabawi iaitu hadith yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W samada perkataan, perbuatan atau sifat atau taqrirnya. Al-hadith al-qudsi iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W dan disandarkan kepada Allah S.W.T. Hadith ini juga dinamakan al-hadith Ilahi atau Al-hadith ar-rabbani.







Hadis qudsi itu maknanya dari Allah, ia disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. melalui salah satu cara penurunan wahyu, sedang lafaznya dari Rasulullah s.a.w. Inilah pendapat yang kuat. Dinisbahkannya hadis qudsi kepada Allah Taala adalah nisbah mengenai isinya, bukan nisbah mengenai lafaznya. Sebab, seandainya hadis qudsi itu lafaznya juga dari Allah, tidak ada lagi perbezaan antara hadis qudsi dan Alquran, dan tentu pula gaya bahasanya menuntut untuk ditentang, serta membacanya pun akan dianggap ibadah.
Mengenai hal ini timbul dua macam syubhat :
1. Bahawa hadis nabawi juga wahyu secara maknawi yang lafaznya dari Rasulullah s.a.w., tetapi mengapa hadis nabawi tidak kita namakan juga hadis qudsi. Jawabnya adalah, kita merasa pasti tentang hadis qudsi bahawa ia diturunkan maknanya dari Allah kerana adanya nas syara’ yang menisbahkannya kepada Allah, iaitu kata-kata Rasulullah s.a.w. Allah Taala telah berfirman, atau Allah Taala berfirman. Itu sebabnya kita namakan hadis itu hadis qudsi. Hal ini berbeza dengan hadis nabawi, kerana hadis nabawi tidak memuat nas seperti ini. Di samping itu, masing-masing isinya boleh jadi diberitahukan kepada Nabi melalui wahyu, yakni secara tauqifi, namun mungkin juga disimpulkan melalui ijtihad, iaitu secara taufiqi. Oleh sebab itu, kita namakan masing-masing dengan nabawi sebagai terminal nama yang pasti. Seandainya kita mempunyai bukti untuk membezakan mana wahyu tauqifi, tentulah hadis nabawi itu kita namai pula hadis qudsi.

2. Apabila lafaz hadis qudsi itu dari Rasulullah s.a.w., maka dengan alasan apakah hadis itu dinisbahkan kepada Allah melalui kata-kata Nabi: Allah Taala telah berfirman atau Allah Taala berfirman. Jawabnya ialah bahawa hal yang demikian ini biasa terjadi dalam bahasa Arab, yang menisbahkan kalam berdasarkan kandungannya, bukan berdasarkan lafaznya. Misalkan ketika kita mengubah sebait syair menjadi prosa, kita katakan bahawa penyair berkata demikian. Juga ketika kita menceritakan apa yang kita dengar dari seseorang, kita pun mengatakan si Fulan berkata demikian. Begitu juga Alquran menceritakan tentang Musa, Firaun, dan sebagainya, isi kata-kata mereka dengan lafaz yang bukan lafaz mereka dan dengan gaya bahasa yang bukan gaya bahasa mereka, tetapi dinisbahkan kepada mereka.




Maksudnya:

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu menyeru Musa (dengan firmannya): ‘Datangilah kaum yang zalim itu, (iaitu) kaum Firaun. Mengapa mereka tidak bertakwa? Berkata Musa: ‘Ya Tuhanku, aku takut bahawa mereka akan mendustakan aku. Dan, (kerana itu) sempitlah dadaku dan tidak lancar lidahku, maka utuslah (Jibril) kepada Harun. Dan, aku berdosa terhadap mereka, maka aku takut mereka akan membunuhku.’ Allah berfirman, ‘Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat kami (mukjizat-mukjizat); sesungguhnya kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan), maka datanglah kamu berdua kepada Firaun dan katakanlah olehmu, ‘Sesungguhnya kami adalah rasul Tuhan semesta alam, lepaskanlah Bani Israil (pergi) beserta kami.’ Firaun menjawab, ‘Bukankah kami telah mengasuhmu di antara (keluarga) kami, waktu kamu masih kanak-kanak dan kamu tinggal bersama kami beberapa tahun dari umurmu. Dan, kamu telah berbuat sesuatu perbuatan yang kamu lakukan itu dan kamu termasuk golongan orang-orang yang tidak membalas guna.’ Berkata Musa, ‘Aku telah melakukannya sedang aku di waktu itu termasuk orang-orang yang khilaf. Lalu, aku lari meninggalkan kamu ketika aku takut kepadamu, kemudian Tuhanku memberikan kepadaku ilmu serta Dia menjadikanku salah seorang di antara rasul-rasul. Budi yang kamu limpahkan kepadaku itu adalah (disebabkan) kamu telah memperhambakan Bani Israil.’ Firaun bertanya, ‘Siapa Tuhan semesta alam itu?’ Musa menjawab, ‘Tuhan Pencipta langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya (itulah Tuhanmu), jika kamu sekalian (orang-orang) mempercayainya’.” (As-Syuara: 10–24). Seluruh isi Alquran dinukil secara mutawatir, sehingga kepastiannya mutlak.




Oleh : MOHD ZABIDI BIN SAAIDIN
No Matrik : 3292

0 comments: